Saturday, July 28, 2018

Serdang

Aku memang suka Serdang. Ada kelainan dari segi kesegaran dan memori zaman belajar dulu di sini yang membuatkan aku rasa selesa dan tenang. Rezeki aku kali ni Allah tentukan untuk kembali ke bumi kampus Serdang. Aku berkhidmat di bawah naungan sektor swasta universiti yang berfungsi sebagai sayap penjana pendapatan untuk pihak universiti. Dengan tawaran gaji yang aku kira cukup, aku terima.

Aku berdoa dan mengharap rezeki yang halal dan kerja yang seronok dan puas hati. Alhamdulillah aku lepas kerja seminggu tanpa sebarang sesal cuma beban kerja sedikit mencabar. Mungkin sebab pasukan baharu dengan tanggungjawab besar untuk mengendali tugasan baharu.

Aku lapor diri kat sorang Senior Manager, which was also junior masa di kolej. Dia pernah dan mungkin juga masih berniaga sendiri. Aku kenal colleagues lain yang jugak part of team baru ni. Shahril, GM, Zahrin Operation Manager, Syaiful bahagian Procurement, Ifa bahagian Admin, Husna bahagian event. Di bawah kami akan ada executives dan non-exec. Ramai lagi nak kena recruit.

Aku ambil peluang untuk invite kawan-kawan kat Deca untuk apply since ada yang bertanya-tanya info.

Sunday, July 22, 2018

Last Day at Deca

Semalam last day aku di USJ Deca. Aku kerja macam biasa despite gangguan batuk yang dah masuk seminggu tak reda. Aku cuba untuk bergambar dengan seramai mungkin geng Deca selagi sempat. Rata-rata diorg terkejut dengan berita aku nak ciao from Deca dan ada gak yang ucapkan tahniah dengan kerja baru.

Walaupun masa aku di Deca agak brief tapi aku rasa seronok dengan kerenah diorg ni. Orang-orang muda kat sini sangat dinamik dan mesra. Diorg pun memang tak segan silu or kedekut nak kongsi ilmu. Banyak ilmu dan pengalaman aku dapat walaupun perbezaan umur kami agak jauh.

Antara yang sempat aku sembang closely:

Madi. Dia tinggal di Teluk Panglima Garang. 20 minit naik motor lalu KESAS. Tapi dia dah resign sebab dapat kerja opis dekat dengan rumah. Company forwarding. Dah berkahwin dan wife pregnant 5 bulan. Rezki anak. Very humble dan matang (maybe sebab dah kahwin) dan senang nak communicate dengan aku. Madi from department Kalenji.

Mubin. Mula dari dia jadi MUST team, kami sebaris di cashier line. Dia first time jadi MUST dan muka macam gabra sikit bila kena buat announcement. Masa tu aku jadikan bahan dan Mubin memang suka dengan tindakan seloroh aku. From there, kami berjaya break the ice dan dia selalu tegur aku. Semalam masa phasing depan cashier, dia pesan kalau ada peluang kerja untuk tunang dia yang jadi pegawai sukan kat Kolej Lington di Mantin. Nak tutup dah kolej tu. Mubin duduk Sri Kembangan dengan abang dia. Mubin dari department Quechua.

Din. Orang Sungai Petani. Memang sempoi, suka pakai jeans dan jaket denim. Rendah orangnya. Budak sains sukan jugak. Asal kami berselisih mesti isyarat kok bok menjadi bahan seloroh kami. Dia duk di department Domyos yang selalu keluar pi pasang threadmill di rumah customer.

Azman. Asal Kota Tinggi. Tinggi dan lean tapi padu. Memang badan runner. Memang karakter selamba tapi baik. Kepala gila-gila sikit. Dia antara yang frust bila dengar berita aku. Dia pernah belajar di Sarawak dan modal tu jadikan kami close. Aku pakai cashier ID dia je. Azman pun nampak nak cari kerja lain, dan pesan untuk aku info dia kalau ada peluang.

Rara. Aku pun tak notis nama betul. Orang Parit Raja, Batu Pahat. Rendah je tapi karakter pun sempoi. Maklum lah memang karakter orang Johor agaknya. Selalunya bila jadi duty or cashier helper memang akan berada di Till 6 sebelah aku. So kami ada gak la sembang-sembang dan terima tunjuk ajar sikit especially masa nak cash out. Rara department Domyos. Grad sains sukan gak.

Firdaus from Quechua, baru gak kerja. Dulu manager Pizza Hut kat Serdang. Now lebih suka keje sini sebab ada cuti. Travel pi keje dari Batu 9, Hulu Langat. Sama jauh dengan aku. Pernah bersaing balik dengan Daus 2 kali. Sempoi gak.

Fikri Quechua. Muka budak baik dari Mersing. Tapi kepala gila-gila gak cuma stail dia la. Boleh bawak sembang tapi topik perbualan kami terhad kerana perbezaan umur.

Aku tak sempat nak bersembang sangat dengan managerial level sebab mostly depa bz. 

Aku akan sentiasa ziarah diorg.

Mubin and me

Anas, Firdaus and Eja

Firdaus, Zu, Din, Mubin & Rara

Azam

Fikri

Syahir, Shukri, Pati, Rara & Musa

Pati, Liana, Firdaus & Fkiri

Adib

Syahir

Saturday, July 21, 2018

Twisted Twist

I suffered cough and soar throat throughout the week. It was unbearable at times especially night time. When all the accumulated fat and oil are transformed into sputum (kahak). I did got the cough syrup but made me sleepy. Not a good solution since I need to survive the day without sleepiness.

I had to abandone work on Thursday. I went yesterday, but I barely survive the whole 8 hours. It was taxing to the throat. It felt dry and itchy. 

Adding salt to the wound, I received message telling that MARA pc loan will take legal action if I can't pay half the amount by 4.30 p.m. I was blunt and helpless. I was also glad that my sister  and ex-hubby was willing to cash in three quarter of the amount, which I had to top up the remaining from the pay I just got from proofreading jobs. Unfortunately my next of kin didn't quite keen to lend in a hand due to recent crisis we had. Too bad.

These tests can bring me down to ground zero but I know I have to stay calm and don't give up hope. I shall pray and pray because the tests are from Him and only to Him that I must ask for help.

Today will be my last day at Deca. I have issued my notice of resignation via email last night. I took photos with some of the young staff yesterday. Today will probably be a busy day. Bismillah.

Friday, July 20, 2018

A Greener Pasture?

Approaching the weekend will be a twist from what was planned earlier as blogged in the previous post. Some went OK but some may require reviews.

There were two outcomes from the job applications at UPM. The first application at Engineering Faculty was withdrawn since I was made to understand that it was meant for an aerospace engineer. That will be a totally different field and a mistake in the application is never a good one. Hence, the other application which was basically unofficial since I only emailed my resume to UPM Holdings via an old friend. He came back and arranged an interview a day after, which was yesterday. The session went well and I got the post. Looks like 20 years in engineering paid back. Besides, I really need the pay complying with the current family fund demands.

The t-shirt sales is currently a bit slow. Only 4 orders so far for the first two days daily advertisement blast. Am trying to review how to tackle this. Perhaps it is the middle of the month where people restrict themselves from shopping or my price is a bit too high? Or they didn't notice the premium cotton highlighted.

Monday, July 16, 2018

Surviving the Third Week

Deruan customers weekend baru ni ke USJ1 semakin luar biasa. Bermula dari Jumaat, aku perasan volume bertambah berbanding Jumaat yang lepas-lepas. Bila tiba Sabtu dan Ahad, memang sangat luar biasa. Walau secara fizikal memang aku fighting untuk sustain the working spirit, tapi obviously aku masih lagi tewas bila kat post work punya recovery. Dengan physically demanding task throughout the weekend, aku kurang rehat. Tidur malam memang rasa kejap sangat, bila bangun pagi pun masih rasa groggy. 

Anyway, aku syukur masih survive minggu ke-3 kerja. Nampak trend menaik untuk minggu-minggu yang mendatang. Insyaa Allah aku pcuba untuk cari stamina sikit untuk comply dengan demand kerja. 

Semalam kesilapan aku sebab menjamah sepotong nenas yang sangat manis menyebabkan tekak aku keperitan sampai ke malam. Aku cuba resist untuk sakit tekak ni melarat ke demam. Aku usahakan untuk terus keep hydrated. Lega sikit hari ni hari cuti, so aku akan berehat secukupnya. 

Tapi aku masih lagi ligat memikirkan sumber income untuk hair-hari yang seterusnya. Parents masih ada yang belum bayar yuran Julai. Aku tak mampu nak menagih untuk bayaran. Masih belum terdesak. Setiap hari masuk aje SMS dari hire purchase. Dah hampir masuk 4 bulan tertunggak. Macam mana ye?

Minggu ni aku akan usahakan beberapa projek:
  • Permohonan jawatan jurutera di UPM. Isi borang sudah, cuma perlu print dan tandatangan. Kena fotostat sijil dan sahkan. Kena update dan print resume.
  • Permohonan untuk reimburse yuran UPM from EPF. Since dokumen hampir complete, aku akan cuba settlekan this week dan pay back to funder.
  • Finalise artwork untuk jual baju surau dan mulakan iklan. Cuma aku perlu jugak dapatkan final cost untuk aku tentukan harga jualan supaya ada profit yang lumayan sikit. Ini berbeza dengan jualan baju Ramadhan since masa tu tak fikir untung sangat sebab peringkat promosi. Jual nama la sikit. Insyaa Allah.


Thursday, July 12, 2018

Ignorance

Nampak gaya aku kena abaikan hajat atau perancangan last week. Bila balik dari kerja, badan pun dah tak larat maka plan nak kayuh pagi Ahad pun dah mula pudar. Tiba masa Isnin sampai Rabu, pun sama jugak. Tapi aku chill aje, buat apa yang came across dan enjoy.

Isnin aku ganti tidur/recover selepas weekend punya kerja. Almost the whole morning gone. Tapi aku tak kisah, janji aku cukup rehat. Petangnya aku cuma chillax dengan kids pi tengok Ant Man and The Wasp. Not bad. Memandangkan kami ni fans of Marvel Comic Universe (MCU), so kami tengok aje apa yang depa show kat movie. Review kemudian cerita.

Selasa pagi sampai ke petang memang kerja aku duk atas motor aje. Pagi aku ke imigresen Kajang untuk settlekan permohonan Dokumen Perjalan Terhad for NY. Unfortunately dokumen tak lengkap, which ended up aku kena datang semua petangnya. Tapi pegawai kat situ was quite helpful although a bit strict. A big change from dulu-dulunya perkhidmatan kaunter kerajaan.

Then aku pi tempah banner jamuan raya KS3. Punyalah terlewat tapi aku request untuk collect the same day. QM ni memang OK aje. Pukul 3.00 siap.

Aku sempat singgah kejap kat Deca Old Klang Road. Saja aku nak recce some items yang aku plan nak beli dengan first gaji nanti. Nak ronda kat store sendiri macam tak kena pulak or takde masa langsung. Sambil tu sempat jugak aku tanya kat MUST personnel kat depan tu if ada vacancy ke tak, sebab aku ada gak plan nak transfer ke OKR sebab lebih dekat. Boleh la kurangkan sikit issue travel time pi kerja dan relevant issues. Tapi personnel kata kena tanya SM. Nampak memang agak terpencil store ni dan dia kata on weekends pun crowd tak sebesar outlet lain. Aku pun perasan jugak bezanya store ni dan saiz pun kecik sikit.

Takpe, itu kendian citer. Yang penting sekarang aku kena terus enjoy dengan apa yang aku buat. Anyway, lately memang aku tak mampu dan tak sempat nak join any aktiviti surau or SOQ apatah lagi nak menyampuk dalam group WA. Aku decide untuk ignore aje buat sementara waktu.

Ooops. One more thing, or shall I say two...

Aku sempat singgah hantar printer for repair. Nampak gaya hayat perkhidmatan dah boleh tamat sebab kos repair sangat mahal. So kena beli baru, which will cost around RMM500.

Dan semalam, Rabu...aku menghabiskan masa almost the whole day, that is about 8 hours melukis menggunakan Ai. Memang agak obsessed lah jugak sebab kita melukis benda yang kita suka dan cadangnya nak print dijadikan t-shirt nanti. Yeah!


Saturday, July 7, 2018

Bila Orang Dah Nak Habis Raya

Syawal hanya tinggal seminggu aje lagi. Semalam aku dah mula nampak trend menaik orang meninggalkan Syawal untuk kembali ke aktiviti libur dan riadah. Hampir 70% customer semalam beli barang outdoor. Kebanyakannya beli seluar dan kasut hiking, termasuklah yang beli Buff, headlights, sunglasses, hydration vest dan even ada jugak hiking beg dari 20L sampai ke 50L. 

Ada yang projek kecik, sekadar weekend hike dan ada jugak yang projek sebesar Mount Kinabalu dan Mount Rinjani. Terbaik diorang ni.

Aku? Hmmm...teruja lah jugak dengan semangat diorang. Setakat ni, aku bercadang nak kayuh this Sunday dengan anak-anak aku tapi park di Batu 18 je, try naik Peres if larat dan balik. Next Monday till Wednesday, aku nak lari belah pagi. Semangat yo!

Cuma aku macam nak consider kasut baru sebagai motivasi berlari je ni. Kalenji anyone?

Friday, July 6, 2018

Deca Second Week

Kejap aje rasanya dah masuk second week at Deca. Padahal last week rasa macam baru sangat. Semalam was another normal weekday punya volume. Dari kul 2 sampai kul 8 memang agak slow tapi things started to be rancak between 9 and 10 pm. Maybe ramai yang last minute singgah baru lepas kerja.

On several occasions aku confronted customers with interesting agendas for their purchases.

Fraser Ultra Trail

There was this free hair lady, nampak sporting figure beli hydration bag/vest. I can't really remember. And I asked her what's her plan for the bag? Ada event kat Fraser lagi dua minggu katanya. Yang aku tau, event kat Fraser is ultra distance lari from Clock Tower down to KKB and back up again. Tapi dia kata yang ni trail run. Oh! First time aku dengar.

Anyway, aku wish her luck although dia being humble kata dia beginner aje. Which aku doubt any beginner would have the braveness to sign up an only Fraser trail run event ultra?

Later another guy came. Dia beli hydration vest, headband and a few other trail run stuff. Dia tanya aku if Deca ada jual GPS watch. Dia tunjuk yang aku pakai. Aku cakap ni GPS watch ada tapi harga mahal sikit. Dia ignored the idea. Aku macam biasa busy body sikit tanya. Dia pun masuk Fraser ultra trail run.

In detail explanation, Fraser trail run 50km akan start dari clock tower ke puncak Gunung Semangkok dan turun sampai Tg Malim and back to Clock Tower. Terkejut aku dengar that gruelling distance and difficulties route tu dah memang lah mencabar. After further checking, this is the first time depa organise event tu di route tu. Salute!

Gunung Tahan

Datang sorang aunty chinese. Dia mintak tunjukkan cara nak bukak water bladder. Dia dah beli tapi payah nak bukak untuk isi air. So aku pun ajar. Sambil nak tutup semula, aku pun mulakan perbualan. Dia nak pergi Gunung Tahan via Merapoh esok! Wow!

Dah lama aku tak dengar cerita pasal gunung feveret aku ni. Memang lejen gunung ni dan banyak sangat nostalgia. Kalau diberi peluang, teringin gak aku nak ke sana tapi bila fikirkan stamina yang agak meruntun jiwa ni, aku layan aje angan-angan tu. 


Selepas store closing dan cash out, kami masih ada masa. Disebabkan kerja-kerja phasing tak berapa banyak sebab bukan weekend, so most of us ada lah masa nak beriadah sikit. Maklumlah kedai sukan, mesti banyak aktiviti sukan boleh buat. Aku menempil aje kat geng yang main ping-pong. Berpeluh la jugak sekejap dalam 30 minit gilir-gilir main King.

Aku tak berapa lapar bila sampai rumah malam ni berbanding last week. Tapi aku makan aje baki nasi & sardin yang aku masak tengahari tadi. Lepas tu mandi & terus tidur. Aku masih lagi gagal nak bangun untuk tahajud dan ke surau. Maybe badan masih perlu masa untuk adaptasi. Aku berdoa moga diberi kekuatan untuk bangun.

Tuesday, July 3, 2018

Melayu dan Fitnah

Melayu dan fitnah memang sukar dipisahkan. Melayu juga yang dikenali zaman dulu sebagai bangsa yang penuh kelembutan tetapi dalam adab sopan hanyalah ia topeng akan hati yang tidak pernah tenang dengan hasad dengki dan fitnah.

Zaman fitnah akhir-akhir ini memudaratkan lagi luka-luka yang terpalit pada masyarakat Melayu. Bukan aje fitnah oleh yang kafir, lebih teruk lagi sesama Melayu sendiri pun memfitnah bangsanya sendiri. Lebih tenat lagi, yang berbalut lebai di kepala juga tak ketinggalan dilambung ombak lautan fitnah.

Hari ni aku came across viral video beberapa teenage girls bawak anjing berjalan di kaki lima jalan. Masing-masing pakai but getah. Sah lah pelajar veterinar. Yang teruknya hati perakam video tu, suaranya loghat bangsa cina membahaskan hukuk Islam kononnya. Adakah dia memihak Islam tapi kenapa perlu bertindak merakam dan menyebar? Islam tak perlu buat macam tu sebelum ambil maklumat aktiviti berkenaan. Nampak tak provokasi kafir?!

Yang sedihnya, secara lumrah zaman netizan ni ramai je konon prihatin bubuh dalam group Whatsapp, dan melahirkan rasa kesal, kecaman, copy paste hadis dan sebagainya. Konon berilmu?! Tapi adakah tindakan mengongsikan video at the first place tanpa usul periksa itu sudah menunjukkan yang sendiri tu tak beradab dan berilmu.

Aku memang dah stop sebarkan gambar-gambar yang boleh mengaibkan makhluk lain baik tujuan lawak atau menghina, baik dia tu Islam mahu pun kafir. Aku hanya berpegang pada menjaga keaiban makhluk lain, sebab aku tak sanggup menanggung dosa yang sangat berat. Adakah mereka yang berjubah dan berserban itu sudah cukup pahalanya sehingga tak perlu fikir panjang untuk menjatuhkan hukum pada makhluk lain?

Monday, July 2, 2018

First Week at Deca

Done & completed my first week of four days job at Deca USJ. It was physically demanding for this age especially when the job is to stand for seven hours. The crowd was enormous come weekend, but that made the standing worth while since time passed by unnoticed. I didn't had the chance to squeeze a chat or two with the customers as I did on Thursday and Friday. 

The challenge didn't just stop there right after cashing out. The store was in a mess. Items were all over the place. Malaysians?! They just left it wherever they want and imagine how messy it was when when the crowd was triple on weekend.

However, I salute the energy and persevere from the staff. They are a group of positive minded youngsters. Despite the exhaustion throughout the day, they still can laugh and joke around while continuing with the 'phasing' (putting back things where they're supposed to be). Things like folding back the t-shirts, hang back the clothes on hangers and onto the aisle, arranging all display items, watches, balls, small accessories and many more.

Going into my fourth evening with these guys, I started to feel the welcoming feedback from them. Things was a bit different during my one week training. They were mostly reserved with new staff especially people double the age to them. But this time around, the greetings were welcoming. I will try my best to blend in, which however I know I couldn't hang around with their activities outside working time.

My travel time to and fro needs a bit more adjustment. As I struggled to rush to USJ after fetching the kids after school and also reaching the store in time. The ride back was another challenge, when it is already tiring, the distance and travel period may rip off more energy. In that manner, I was also glad that I have only four days a week to work. I have the remaining seven days to recover.

Hoping that I will survive the weeks to come, cause I really need the pay.