Sunday, July 22, 2018

Last Day at Deca

Semalam last day aku di USJ Deca. Aku kerja macam biasa despite gangguan batuk yang dah masuk seminggu tak reda. Aku cuba untuk bergambar dengan seramai mungkin geng Deca selagi sempat. Rata-rata diorg terkejut dengan berita aku nak ciao from Deca dan ada gak yang ucapkan tahniah dengan kerja baru.

Walaupun masa aku di Deca agak brief tapi aku rasa seronok dengan kerenah diorg ni. Orang-orang muda kat sini sangat dinamik dan mesra. Diorg pun memang tak segan silu or kedekut nak kongsi ilmu. Banyak ilmu dan pengalaman aku dapat walaupun perbezaan umur kami agak jauh.

Antara yang sempat aku sembang closely:

Madi. Dia tinggal di Teluk Panglima Garang. 20 minit naik motor lalu KESAS. Tapi dia dah resign sebab dapat kerja opis dekat dengan rumah. Company forwarding. Dah berkahwin dan wife pregnant 5 bulan. Rezki anak. Very humble dan matang (maybe sebab dah kahwin) dan senang nak communicate dengan aku. Madi from department Kalenji.

Mubin. Mula dari dia jadi MUST team, kami sebaris di cashier line. Dia first time jadi MUST dan muka macam gabra sikit bila kena buat announcement. Masa tu aku jadikan bahan dan Mubin memang suka dengan tindakan seloroh aku. From there, kami berjaya break the ice dan dia selalu tegur aku. Semalam masa phasing depan cashier, dia pesan kalau ada peluang kerja untuk tunang dia yang jadi pegawai sukan kat Kolej Lington di Mantin. Nak tutup dah kolej tu. Mubin duduk Sri Kembangan dengan abang dia. Mubin dari department Quechua.

Din. Orang Sungai Petani. Memang sempoi, suka pakai jeans dan jaket denim. Rendah orangnya. Budak sains sukan jugak. Asal kami berselisih mesti isyarat kok bok menjadi bahan seloroh kami. Dia duk di department Domyos yang selalu keluar pi pasang threadmill di rumah customer.

Azman. Asal Kota Tinggi. Tinggi dan lean tapi padu. Memang badan runner. Memang karakter selamba tapi baik. Kepala gila-gila sikit. Dia antara yang frust bila dengar berita aku. Dia pernah belajar di Sarawak dan modal tu jadikan kami close. Aku pakai cashier ID dia je. Azman pun nampak nak cari kerja lain, dan pesan untuk aku info dia kalau ada peluang.

Rara. Aku pun tak notis nama betul. Orang Parit Raja, Batu Pahat. Rendah je tapi karakter pun sempoi. Maklum lah memang karakter orang Johor agaknya. Selalunya bila jadi duty or cashier helper memang akan berada di Till 6 sebelah aku. So kami ada gak la sembang-sembang dan terima tunjuk ajar sikit especially masa nak cash out. Rara department Domyos. Grad sains sukan gak.

Firdaus from Quechua, baru gak kerja. Dulu manager Pizza Hut kat Serdang. Now lebih suka keje sini sebab ada cuti. Travel pi keje dari Batu 9, Hulu Langat. Sama jauh dengan aku. Pernah bersaing balik dengan Daus 2 kali. Sempoi gak.

Fikri Quechua. Muka budak baik dari Mersing. Tapi kepala gila-gila gak cuma stail dia la. Boleh bawak sembang tapi topik perbualan kami terhad kerana perbezaan umur.

Aku tak sempat nak bersembang sangat dengan managerial level sebab mostly depa bz. 

Aku akan sentiasa ziarah diorg.

Mubin and me

Anas, Firdaus and Eja

Firdaus, Zu, Din, Mubin & Rara

Azam

Fikri

Syahir, Shukri, Pati, Rara & Musa

Pati, Liana, Firdaus & Fkiri

Adib

Syahir

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.