Tuesday, July 3, 2018

Melayu dan Fitnah

Melayu dan fitnah memang sukar dipisahkan. Melayu juga yang dikenali zaman dulu sebagai bangsa yang penuh kelembutan tetapi dalam adab sopan hanyalah ia topeng akan hati yang tidak pernah tenang dengan hasad dengki dan fitnah.

Zaman fitnah akhir-akhir ini memudaratkan lagi luka-luka yang terpalit pada masyarakat Melayu. Bukan aje fitnah oleh yang kafir, lebih teruk lagi sesama Melayu sendiri pun memfitnah bangsanya sendiri. Lebih tenat lagi, yang berbalut lebai di kepala juga tak ketinggalan dilambung ombak lautan fitnah.

Hari ni aku came across viral video beberapa teenage girls bawak anjing berjalan di kaki lima jalan. Masing-masing pakai but getah. Sah lah pelajar veterinar. Yang teruknya hati perakam video tu, suaranya loghat bangsa cina membahaskan hukuk Islam kononnya. Adakah dia memihak Islam tapi kenapa perlu bertindak merakam dan menyebar? Islam tak perlu buat macam tu sebelum ambil maklumat aktiviti berkenaan. Nampak tak provokasi kafir?!

Yang sedihnya, secara lumrah zaman netizan ni ramai je konon prihatin bubuh dalam group Whatsapp, dan melahirkan rasa kesal, kecaman, copy paste hadis dan sebagainya. Konon berilmu?! Tapi adakah tindakan mengongsikan video at the first place tanpa usul periksa itu sudah menunjukkan yang sendiri tu tak beradab dan berilmu.

Aku memang dah stop sebarkan gambar-gambar yang boleh mengaibkan makhluk lain baik tujuan lawak atau menghina, baik dia tu Islam mahu pun kafir. Aku hanya berpegang pada menjaga keaiban makhluk lain, sebab aku tak sanggup menanggung dosa yang sangat berat. Adakah mereka yang berjubah dan berserban itu sudah cukup pahalanya sehingga tak perlu fikir panjang untuk menjatuhkan hukum pada makhluk lain?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.