Saturday, July 28, 2018

Serdang

Aku memang suka Serdang. Ada kelainan dari segi kesegaran dan memori zaman belajar dulu di sini yang membuatkan aku rasa selesa dan tenang. Rezeki aku kali ni Allah tentukan untuk kembali ke bumi kampus Serdang. Aku berkhidmat di bawah naungan sektor swasta universiti yang berfungsi sebagai sayap penjana pendapatan untuk pihak universiti. Dengan tawaran gaji yang aku kira cukup, aku terima.

Aku berdoa dan mengharap rezeki yang halal dan kerja yang seronok dan puas hati. Alhamdulillah aku lepas kerja seminggu tanpa sebarang sesal cuma beban kerja sedikit mencabar. Mungkin sebab pasukan baharu dengan tanggungjawab besar untuk mengendali tugasan baharu.

Aku lapor diri kat sorang Senior Manager, which was also junior masa di kolej. Dia pernah dan mungkin juga masih berniaga sendiri. Aku kenal colleagues lain yang jugak part of team baru ni. Shahril, GM, Zahrin Operation Manager, Syaiful bahagian Procurement, Ifa bahagian Admin, Husna bahagian event. Di bawah kami akan ada executives dan non-exec. Ramai lagi nak kena recruit.

Aku ambil peluang untuk invite kawan-kawan kat Deca untuk apply since ada yang bertanya-tanya info.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.