Syawal hanya tinggal seminggu aje lagi. Semalam aku dah mula nampak trend menaik orang meninggalkan Syawal untuk kembali ke aktiviti libur dan riadah. Hampir 70% customer semalam beli barang outdoor. Kebanyakannya beli seluar dan kasut hiking, termasuklah yang beli Buff, headlights, sunglasses, hydration vest dan even ada jugak hiking beg dari 20L sampai ke 50L.
Ada yang projek kecik, sekadar weekend hike dan ada jugak yang projek sebesar Mount Kinabalu dan Mount Rinjani. Terbaik diorang ni.
Aku? Hmmm...teruja lah jugak dengan semangat diorang. Setakat ni, aku bercadang nak kayuh this Sunday dengan anak-anak aku tapi park di Batu 18 je, try naik Peres if larat dan balik. Next Monday till Wednesday, aku nak lari belah pagi. Semangat yo!
Cuma aku macam nak consider kasut baru sebagai motivasi berlari je ni. Kalenji anyone?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.