Monday, July 16, 2018

Surviving the Third Week

Deruan customers weekend baru ni ke USJ1 semakin luar biasa. Bermula dari Jumaat, aku perasan volume bertambah berbanding Jumaat yang lepas-lepas. Bila tiba Sabtu dan Ahad, memang sangat luar biasa. Walau secara fizikal memang aku fighting untuk sustain the working spirit, tapi obviously aku masih lagi tewas bila kat post work punya recovery. Dengan physically demanding task throughout the weekend, aku kurang rehat. Tidur malam memang rasa kejap sangat, bila bangun pagi pun masih rasa groggy. 

Anyway, aku syukur masih survive minggu ke-3 kerja. Nampak trend menaik untuk minggu-minggu yang mendatang. Insyaa Allah aku pcuba untuk cari stamina sikit untuk comply dengan demand kerja. 

Semalam kesilapan aku sebab menjamah sepotong nenas yang sangat manis menyebabkan tekak aku keperitan sampai ke malam. Aku cuba resist untuk sakit tekak ni melarat ke demam. Aku usahakan untuk terus keep hydrated. Lega sikit hari ni hari cuti, so aku akan berehat secukupnya. 

Tapi aku masih lagi ligat memikirkan sumber income untuk hair-hari yang seterusnya. Parents masih ada yang belum bayar yuran Julai. Aku tak mampu nak menagih untuk bayaran. Masih belum terdesak. Setiap hari masuk aje SMS dari hire purchase. Dah hampir masuk 4 bulan tertunggak. Macam mana ye?

Minggu ni aku akan usahakan beberapa projek:
  • Permohonan jawatan jurutera di UPM. Isi borang sudah, cuma perlu print dan tandatangan. Kena fotostat sijil dan sahkan. Kena update dan print resume.
  • Permohonan untuk reimburse yuran UPM from EPF. Since dokumen hampir complete, aku akan cuba settlekan this week dan pay back to funder.
  • Finalise artwork untuk jual baju surau dan mulakan iklan. Cuma aku perlu jugak dapatkan final cost untuk aku tentukan harga jualan supaya ada profit yang lumayan sikit. Ini berbeza dengan jualan baju Ramadhan since masa tu tak fikir untung sangat sebab peringkat promosi. Jual nama la sikit. Insyaa Allah.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.