Sunday, May 31, 2020

PKPB 1 Bulan

PKP dah jadi PKPB sejak 4 Mei 2020. Bermakna dah hampir sebulan PKPB dan dah masuk 4 bulan PKP. Normal baharu dah kena jadikan kebiasaan bila keluar rumah kena pakai topeng dan sanitizer selain penjarakan sosial. Lepas tu nak shopping pun dah kena biasakan online aje. Berbaris di kashier boleh merisaukan bila lama sangat berada di tempat awam. Tambahan lagi bila ada pengesahan KKM pasal pembawa virus yang tiada simptom. Bahaya.

Sepanjang PKPB dan selesai projek jualan t-shirt dua edisi iaitu LOCKDOWN Dan THE NEW NORMAL, Aku ada modal sikit untuk lengkapkan beberapa projek tertunggak.

Asalnya motor aku bocor. Mula² ingatkan tayar yang baru tukar sehari sebelum PKP Ada masalah. Pergi balik kedai tak selesai. Aku terpaksa refer kat Yus. Rupa²nya rim berlubang. Halus. Jeff jual rim 2nd hand dia tapi hub dah goyang. Modified selit aluminium foil pada bearing. Boleh bertahan hingga aku pi tukar set rantai kat kedai. Pomen pasang balik tapi bearing longgar semula. Beli gam 3 tan kat Mr DIY, Yus tampal rim lama. Alhamdulillah 🤲 steady.

Lepas tu aku tukar balik bearing baru. Unfortunately bush dan shaft pulak dah sompek. Last² tukar semua baru hari ni. Doa² moga selesai masalah secara total.

Laptop pulak sehari dua kembali dengan masalah tak boleh connect ke WiFi. Berpuluh kali restart baru dapat. Bila nak esoknya, jadi lagi. Kembali refer kat Yus. Sambil² repair motor. Kami suspek problem hardware iaitu PCI card. Install driver Aztech beberapa kali baru OK. Kalau jadi lagi, last option ialah Beli dongle external antenna untuk capture WiFi.

Ujian² kecil macam ni tetap aku kembali kepada yang Pemberi ujian sebagai peringatan untuk aku sentiasa sedar atas tingkahlaku sendiri.

InsyaaAllah dalam minggu ni aku akan launch edisi ke-3 t-shirt DKJ ARTIZEN dengan konsep Sujood. Sekarang tengah dapatkan feedback Dari family members untuk pilih design paling disukai. 

Thursday, April 30, 2020

Dett


Hari ni 30 April birthday kawan baik aku. Itu pun sebab Nonie bagitau. Dett berumur 48 tahun, muda setahun dari aku. Dulu² aku & Det tak pernah pun ambil kisah pasal birth date masing² sebab setiap detik kami bersahabat sudah cukup istimewa untuk buatkan hidup kami menarik dan memorable.

Honestly, aku jarang nak recall berbagai moment persahabatan kami sebab secara tak langsung akan membuatkan tekak aku jadi susah nak telan air liur dan mata aku mula berair. Walaupun sekali sekala out of nowhere Allah akan ingatkan aku pada Dett. Ya masa tu kadang² aku akan tersenyum sendiri. Adakala juga aku boleh tergelak kecil.

Segalanya rezeki persahabatan kami bermula dalam gelap subuh sebelum flagoff Malakoff run di Taman Lembah Kiara. Nizam cuit aku, dan jari menunjuk ke arah Dett yang nampak sibuk stretching di celah-celah kelompok peserta lain.

"Jiran kita tu. Dia duduk Suakasih gak. Aku selalu nampak dia jogging area Suakasih."

"Betul. Aku pun perasan. Bulan puasa pun dia lari gak beb. Power brader ni."

"Aku kenal dia masa dia kat Maybank dulu."

"Jom! Jom! Kita pi tegur dia."

Kami broke the ice sebaik perjabatan salam pertama. Tiada kekok mahupun janggal walaupun pertama kali berjumpa dan berbual. Ibarat seperti sudah lama kenal dan kasual. Rupa-rupanya anggapan aku salah sama sekali! Persahabatan lebih dari kukuh disebabkan karakter masing² saling menerima. Tambahan lagi dengan sikap istimewa Det yang sentiasa menyokong dan bertolak ansur.

Dari minat sukan berlari yang sama, kami mula meneroka lebih ke sukan ni. Kami masuk banyak acara dan buat lebih ramai kawan. Ke mana saja kami berlari dan masuk acara, mesti kenal ramai. Ini disebabkan watak Dett yang mudah mesra dan Low profile.

Tahun 2009 aku ajak kawan-kawan yang dah giat berlari untuk cuba buat Marathon. Group latihan kami akan berjumpa di Lake Garden setiap petang selepas kerja dan berlari bersama. Dett antara yang paling rajin. Selain dia memang suka berlari, aku rasa dia suka sangat dengan camarederie group kami yang berbagai gelagat dan lawak bodoh. Selama 3 bulan kami berlatih bersama. Satu masa yang aku fikir sangat istimewa terutama bila dalam satu kumpulan kawan-kawan.

Sehari sebelum larian Marathon pertama dalam hidup kami, semua sudah mula terasa panik. Serba serbi tak kena. Walaupun aku kongsikan macam-macam tips pada semua untuk bersedia menempuh 'race day' tapi dengan aku sekali tak tenang. Paling aku tak boleh lupa, saat aku dah letak kepala atas bantal jam 1.00 pagi Dett mesej aku ajak 'kok-bok'.

"Kau gila ke bai? Dah kul berapa ni weiii. Kul 3.30 jap lagi dah nak kena gerak pi Dataran. Tinggal 2 jam aje nak tido."

"Wa tak leh tido siot. Suspen siot. Tadi wa dah belasah pasta 2 round. Takut bonk je esok."

Macam tu lah watak Dett paling lawak aku akan ingat sampai bila-bila. Itu lah jugak bahan aku mengusik dia. Kami berjaya habiskan Marathon pertama kami tahun tu. Dan tahun² berikutnya juga. Kami juga pernah berlari di Singapura Sundown Marathon.

Dah puas berlari, aku ajak Dett kayuh basikal pulak. Merata kami kayuh. Kami buat Century Ride pertama pun sama-sama. Kalau dikira bilangan kami 'bonk' bersama pun memang banyak. Dett pernah jatuh dalam longkang besar tepi jalan selepas SAMTEN sebab tayar depan terlanggar lubang cangkuk aku rapat sangat. Aku tak boleh bayangkan dia selamat tanpa cedera. Dett jugak pernah jatuh basikal dan patah bahu sebab mengelak anak anjing di jalan rumah dia. Kami sepatutnya kayuh sama petang tu sebab kononnya nak 'brick training' untuk Powerman. Bila jumpa di pondok pengawal, muka Dett dah menyengat tahan sakit. Aku nampak ada luka² kecil. Lepas pi klinik, sah patah bahu. 3 bulan Dett MC tapi aku nampak setiap pagi dia akan berjalan kaki keliling Suakasih. Bosan katanya duk rumah.

Lepas lari dan kayuh, kami buat aktiviti masuk hutan pulak. Habis hutan belakang Suakasih kami masuk. Lepas tu kami ke Bukit Apek pulak. Cuma Det dan aku. Sekali sekala ada kawan lain ikut. Lepas tu ke Gunung Nuang. Sampailah ke peringkat wujudnya group Suakasih Outdoor Quest dan pengembaraan kami jauh hingga ke Gunung Kinabalu dan Gunung Rinjani.

Pejabat Dett menjadi tempat persinggahan aku bila² selesai tugasan luar pejabat. Kedai mamak di hujung barisan pejabat Dett jadi tempat kami lepak bersembang. Dett seorang pendengar. Aku selalu kongsi macam² idea dan cerita. Tak pernah sekali pun dia beri pandangan sebaliknya. Semua dia sokong. Malah kami boleh bersembang pasal apa jua topik tanpa ada prejudis.

Ada sekali aku tumpang solat di pejabat Dett. Ruang solat di dalam bilik server. Bukan main sejuk aircond. Dett gelakkan aku sebab kurus sangat takde lemak. Lepas tu dia bercerita pasal kerja pasaran saham dia sambil ditunjuk pada skrin komputer ratusan nombor berkelip-kelip. Sampai sekarang, bila aku lalu di Seputeh, memori aku akan dibawa ke sini.

Persahabatan kami ibarat tak pernah cukup. Dah jumpa lunch atau di pejabat Dett, petang jumpa lagi masa jogging. Malam jumpa di surau. Lepas tu di mamak. Nama Dett dah biasa Fida dengar sampaikan dia mengusik sama ada aku ada apa² ke dengan Dett? Aku pun akan jual nama Dett kalau ada nak pergi mana².

Tarikh paling sedih tanggal 2017 Dett pergi, aku betul² bersama dia pada hembusan nafas terakhir. Kami sepatutnya kayuh Broga Loop sebab nak 'training' untuk Kayuhan Raub. Seminggu sebelum tu, Dett ada cerita dada kurang selesa. Kami suruh dia beli dan telan Gaviscon. Masa tu macam biasa di Restoran Al-Sahil. Dett tak pernah makan Gaviscon. Kami gelak mengusik bila dia telan dan keliling mulut dia putih. Pada malam sebelum kayuhan, Dett mesej kata gigi sakit tapi dia dah telan 'pain killer'.

Aku buntu masa di tepi jalan menunggu bersama Dett. Aku bisik pada Dett untuk dia bangun, sedar semula. Nafas Dett agak berat dan sekali sekala hilang. Aku nak buat CPR tapi ditegah oleh salah seorang brader yang ada di situ. Dia bertugas di Hospital Kajang katanya. Aku percaya. Tapi aku tiada kuasa untuk ambil tindakan lain untuk bantu Dett masa tu kecuali memaklumkan berkenaan musibah yang terjadi kepada kawan-kawan lain melalui wasap. Honestly, bila sesiapa kongsikan tentang CPR aku akan terasa bersalah dan sometimes offended menganggap ianya ibarat menuding jari pada aku kerana kehilangan Dett.

Walaupun persahabatan kami singkat tidak genap 10 tahun tetapi kami rasakan tempoh masa tu seperti eternal. Beberapa hari selepas Dett pergi pun, kadang-kadang aku tanya dia kenapa mesti dia pergi cepat sangat? Kita belum puas buat banyak benda lagi. Tapi aku yakin Dett akan tunggu aku. Kami akan sambung persahabatan istimewa kami nanti. Menyambung semula berbagai aktiviti dan senda gurau yang terhenti seketika. Aku doakan moga Allah pelihara kau sebaiknya dan Allah juga pelihara aku supaya jadi insan baik macam kau.

Al-Fatihah.

Monday, April 27, 2020

MCO Lost Count

And the MCO days keep counting though honestly, I lost count. I just know that we are into the 3rd MCO Phase. They just announced it last Friday on the 1st day of Ramadhan 1441H. Such a historic Ramadhan this is. 

I've been busy for most of the days since the day He granted me blessings. Occupied myself with new t-shirt orders, Qur'an Terjemahan orders, Rempeyek orders and helping friends with their business advertisement poster. 

Right after our PM gave his speech, I was chasing around for design ideas for the next t-shirt edition. And the word NEW NORMAL rang a bell. However, that doesn't come in straight line. I still have to think how to present it on the t-shirt. 

Hence I compiled all hashtags during this pendamic & put in some icons resembling the hashtags. Alhamdulillah 🤲 managed to complete it in 2 days. However I still need to get Mr Print's opinion whether it's printable or not. I plan to start this next edition project somewhere next weekend. And the targeted market will be outside BTHO which includes JB as well. 

Today, all 50 packs of rempeyek arrived. It's time for delivery. I only managed domestic orders since delivery outside for fragile items can be difficult.

Alhamdulillah 🤲 He still guide me with sunat prayers before Sahur and gave me strength to perform Dhuha as well as the istiqomah to recide 4 pages 5 times a day. 

Besides the ongoing tasks, I also managed to give a bit of touch to my workstation atmosphere. I've put up some photo frames on the wall. It will be a slow & steady pace project. Insyaa-Allah 😊🤘

Wednesday, April 22, 2020

Thankful on His Blessings

The day I last posted here, I was dumbstruck with ways to move forward for my source of income. When printing businesses are close the options are narrowing down on all parties involve in the industry.

That night I prayed hard. Miracle happened. He heard my prayers. I checked my account that particular night and LHDN have refunded by overpaid taxes. I was so glad and thankful to Him. A substantial amount is good enough for me to survive throughout Ramadhan and many more months if managed efficiently.

I decided to not forget to be thankful from then onwards. I woke up early for the sunat prayers and I am determined to never miss it as my thankfulness to Him. I carefully put my time for extra thankful wirid and zikir.

The gift didn't stop there and there. The next day, a neighbor asked me if I could produce a limited edition LOCKDOWN t-shirt. I contacted Mr Print my regular t-shirt printer. He told me it shouldn't any problem as long as I can arrange my own delivery from the t-shirt supplier. Allah gave me blessing the supplier is open and all orders can be online. Again I was relieved. I registered as a member to get member's price. I called Ridhwan to get his Grab service to transport the t-shirts to print and delivered to me upon completion.

I've arranged with my neighbor to do marketing. Alhamdulillah 🤲 we managed to get 168 orders. That is a huge bang on the on the sales volume. InsyaaAllah with his blessings the t-shirt will be supplied on the first week of Ramadhan.

And the blessings continued. I proceeded with our surau's Ramadhan t-shirt that was stucked due to MCO. Again another job will be completed. So was the custom sublimation t-shirt for Medic Aid. They managed to come up with the deposit to proceed. Alhamdulillah 🤲.

The following day, I posted in close groups to sell the all time favourite Ramadhan Rempeyek. Alhamdulillah 🤲 23 orders collected and Kak Leha agreed to have it delivered with some delivery charges.

Today Unifi called and offered me 30% discount on my outstanding bills. I've decided to take that offer and pay them before 25th April for RM510 from the original amount RM700+. Alhamdulillah 🤲.

I will also call RHB to get their MCO offer for my hire purchase. InsyaaAllah 🤲.

Things are going my way with his blessings. I pray hard that I will keep on be thankful to Him. 

Monday, April 13, 2020

MCO Extended

Jumaat, 10 April 2020

Hampir mengakhiri Fasa Kedua MCO dan hari ni orang Malaysia menunggu pengumuman PM pada jam 4.00 petang tentang perancangan seterusnya. Semua tunggu depan TV dan sosial media LIVE streaming ibarat macam tunggu pengumuman hari raya.

Kerajaan decided untuk extend MCO sampai 28-April memandangkan pattern Covid-19 masih belum meyakinkan. Tambahan lagi dengan kemunculan bulan Ramadhan dan Hari Raya tak lama lagi. Langkah terbaik untuk kawal semua bentuk perhimpunan ialan extend MCO. Dengan MCO, undang-undang berkuatkuasa. Ini aku agree. Walaupun nampak macam menahan hak kebebasan bergerak tapi perlu lihat pada matlamat iaitu untuk memutuskan rantaian Covid-19 supaya jangkitan tidak berpanjangan sekaligus menghalang berbagai aktiviti lain seperti aktiviti ekonomi terutamanya.

Setelah sekian lama, mungkin tahun ni kita perlu mengalami perubahan dari keadaan biasa. Bulan puasa tanpa pasar Ramadhan, solat tarawih hanya di rumah, dan mungkin juga solat Aidil Fitri. Tiada iftar di masjid, surau atau buffet hotel. Tiada shopping baju raya, tiada kesesakan trafik kerana shopping tapi masih boleh shopping online cuma kena tambah homework sikit dengan ilmu online shopping. Perbelanjaan untuk perayaan mungkin berkurang disebabkan tiada keperluan selain baju raya, open house juga tiada. 

Dari segi income, dah perlu fikirkan pengurusan perniagaan tanpa perlu ke sana ke sini berurusan dengan supplier dan lain-lain. Dah kena guna courier service yang maybe akan mengambil sedikit masa. Takpe, yang penting ada job dan income.Atau perlu cari supplier dan printer yang sudah beroperasi.

Friday, April 10, 2020

Gaji Hari

Rabu, 8 April 2020

Hari kedua aku assist member yang juga jiran bisnes barang² basah. Aku jadi supervisor bahagian packaging dan uruskan delivery dispatcher. 

Dari macam² jenis sayur dan ulam sampailah ke ikan dan ayam. Maka terpaksa belajar jenis² sayuran dan ulam yang popular seperti ulam raja, pegaga, pucuk gajus, tenggek burung. Sayur seperti kangkung, bayam, bayam Brazil, kucai, petai, jering, kunyit dan halia.

Ikan pun boleh tahan banyak jenis. Siakap, kembung, tongkol, bawal, sardin, talapia, sotong dan udang. Ayam dan daging pun ada. 

Order range dari 30 hingga 50 order. Member bayar gaji hari, trip dispatch dan tips sharing. Alhamdulillah 🤲 ada jugak income daripada duduk diam kat rumah sebab aku ni kerja makan gaji yang terima setiap bulan.

Thursday, April 9, 2020

MBTHO

Selasa, 7 April 2020
Cheras - Hari ni aku volunteer untuk jadi petugas di masjid untuk edaran makanan asas bantuan kepada kariah masjid dan orang awam. Initiatif masjid untuk mereka yang menghadapi kesempitan income kerana situasi covid-19.

Aku offer diri last week pada jiran salah sorang AJK masjid. Dia invite untuk aku assist kebetulan diorg perlukan extra ✋ hands. Instinct aku terima pelawaan dengan niat untuk membantu masjid dan penerima. Memang berisiko tapi aku tawakal selain patuh dengan syarat pemakaian petugas termasuk mask & gloves. 

Ini kali kedua dibuat. Last week first time & they improved banyak procedure based on apa yang berlaku last week. Penerima yang datang last week 350 orang & queue sampai ke jalan besar based on social distancing protocol. Kali ni 500 orang attended tapi queue dibawa masuk ke parking masjid snaking sikit to avoid queue sampai main road.

Tugas aku cuma beri pakej sumbangan selepas penerima verify identiti mereka kat kaunter. Altogether ada 5 kaunter bagi melancarkan agihan. 

Nilai sumbangan RM65 setiap pack. Banyak isinya seperti minyak masak, kicap, biskut, susu pekat, beras, telur or ayam, bihun, sos. 

Total kutipan sumbangan dari berbagai individu dalam dan luar kariah berjumlah RM90k. Jumlah yang dibelanjakan untuk penerima RM55k. 

Alhamdulillah 🤲 semua 500 penerima selesai dah 2 jam. Macam-macam personaliti yang hadir baik tempatan mahupun negara jiran. Mereka bawa passport dan ic merah. Ada juga bangsa cina dan India. Pihak PDRM hantar pegawai untuk assist RELA jaga trafik dan keadaan. 

Friday, April 3, 2020

Day 13 MCO


Dah masuk D13. Semalam laporan KKM nampak macam melegakan bila ditunjuk graf sudah mula mendatar or menurun selain kes sembuh mula bertambah. Alih-alih hari ni catat rekod tertinggi kes baharu 270 kes. 

Semalam Yasmin shared latest update from UPM. Final exam will start from 27th April & boleh buat online. Hopefully masa tu MCO is over & Yasmin dah sampai rumah.

All over the world things have become bad to worst especially in the West like Europe and America. Thousands die everyday. Nampak unimaginable figure tu dalam sehari. 

However aku yakin semua perancangan Allah SWT. Ada asbab kepada ujian Allah ni untuk setiap orang. Dari Allah ujian ini datang, kepada Dia juga kita kena mohon pertolongan. Untuk mereka yang selama ni jelas kita lihat menzalimi diri mereka dan menzalimi orang lain, mungkin ini balasan Allah SWT.

Untuk aku yang hanya mampu stay at home, perlu teruskan hidup dengan staying positive minded, proactive & creative. 

Bila keadaan macam ni, statement LIFE IS TOO SHORT memang impaknya besar. Banyak benda rasa nak buat once all these is over.

Wednesday, March 25, 2020

MCO Extension

Genap 7 hari MCO hari ni, kerajaan announce extension lagi 2 minggu which means MCO until 14-April 2020. The first thing crossed my mind is Yasmin. Kami kena usahakan untuk dia dapat balik KL on 1-April 2020 ikut tiket MAS yang dia dah beli.

Keadaan wabak covid-19 di Malaysia semakin kritikal. Peningkatan kes masih wujud, begitu juga peningkatan kematian. Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Itali, US, UK dan France serta Iran masih lagi aku berharap keadaan wabak boleh dikawal. Statistik angka di negara-negara sangat membimbangkan. Even negara jiran Indonesia pun merekodkan angka yang semakin merisaukan.

Alhamdulillah aku kuatkan semangat untuk terus laksanakan kerj-kerja ouststanding yang boleh buat dari rumah #workfromhome. Dapat siapkan design untuk topi Al-Fattah dan Isyraf49. Sambung dan siapkan jugak design untuk sublimation NGO Medic Aid untuk Doc Shariz. Semalam siap.

Dua hari lepas kami AJK surau buat monthly meeting online guna apps Zoom. Hampir 2 jam jugak since setiap biro kena laporkan aktiviti.

Semalam aku dapatkan confirmation dari Mr Print dan Baraplas. Both tutup operasi sama ada sebab jaga kesihatan staf dan juga sebab pembekal baju pun tutup. Nampak gaya source of income kami juga terjejas serba sedikit. So aku kena berjimat cermat dengan apa yang ada.

Dua hari lepas juga aku berjaya memaksa diri untuk mula beriadah setelah sekian lama i.e. 2 minggu from last kayuhan. Kepet pinjamkan roller. Walaupun dulu-dulu memang seriau nak kayuh basikal atas roller tapi ku tetapkan keberanian dan cuba as natural as can be. Alhamdulillah berjaya kayuh for 40 minutes = 18km. Syok walaupun aku baru mampu pakai sneakers dulu. Later bila dah confident aku akan sarungkan kasut clipless pedal. Mesti lagi best.

Now with the MCO extension, aku dah fikirkan jadual kayuhan roller 30-40 minit/hari. Target dalam 3 minggu lagi boleh achieve milage 15km x 21 hari = 315km. This is equivalent to 3 kali loop Broga. Hahaha. Jom!

Thursday, March 19, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kerajaan isytihar Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020. Siap ada akta. Which means, sesiapa langgar perintah boleh dikenakan hukuman. Maka polis pun berkuasa penuh untuk enforce. Dah ada yang kena halau balik masa jogging & cycling walaupun sorang².

Sebaik pengumuman PM dengan PKP ramai jugak yang kalut pi panic buying & berpusu² balik kampung. Trafik di semua lebuh raya sesak tak pasal². Very bad judgement. Even worse ada jugak spesis yang tak advantage pi bercuti ke PD, Cameron Highland dll. Payah nak educate spesis dungu ni.

Semalam was 1st day STAY AT HOME. Bila the whole nation cuti, maka mood cuti pun terkena kat aku sekali walaupun office aku memang di rumah. Semua premis perniagaan tutup termasuklah kedai motor, kedai gajet, kedai makan kecuali kedai runcit yang jual barangan harian.

Ada jugak kawan yang bagi idea nak kayuh tapi aku rasa better hold dulu & follow the perintah instead. We might be angry with the idiots yang balik kampung, bercuti & panic buying so we don't be one ourselves.

Yasmin will be back only after the PKP is over. KPT dah keluarkan arahan untuk students to stay put, walaupun arahan tu only issued out on 18th March 2020. Punya lah slow arahan nak keluar & almost majority IPT students dah sampai kampung masing² pun.

Hoepfully things will get better especially with this PKP measure. Though the covid-19 cases semakin meningkat, we pray that therw won't be any new waves coming.

Monday, March 16, 2020

Second Wave

Situasi wabak covid-19 di Malaysia semakin tenat. Setakat akhir minggu lepas kes yang disahkan positif meningkat secara mendadak. Kebanyakannya berpunca dari kontak rapat dengan kes² sedia ada. Hari ni sahaja 190 kes baharu dikesan menjadikan jumlah kes 458. Kebanyakan kes baharu berpunca dari perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling last week.

And suddenly hari viral pulak di Malaysiakini ada urged untuk orang pi stock up barang & rumours lockdown akan dilaksanakan. Cepat² aku minta tolong Amir & Umar pi borong sikit barang makanan kat speedmart. At least untuk seminggu.

Kerajaan pun hari umumkan masjid & surau ditutup sementara mulai 17 hingga 26 Mac 2020. Ini termasuk splat jemaah & solat Jumaat.

Malam ni PM akan ada sidang media berkenaan covid-19 sama ada official nak lockdown or not. Personally its good sebab doctors have beem urginh the government to do so since thw situation in hospitals are like war grounds. Kita yanh duduk rumah & masih sihat tak boleh imagine how stressful the situation on their side.

Moga Allah memberi simpati kepada kita di atas ujianNya ini. 

Friday, March 6, 2020

Musibah Senja Jumaat


Hujan rahmat turun dengan lebat menyambut kedatangan Jumaat penuh barakah. Namun di pinggir kerahmatan ada juga ujian Allah ke atas hamba²nya baik yang ditimpa musibah mahupun yang di sekelilingnya.

Hampir senja tadi aku menjalankan tugas mengambil anak sahabat pulang dari sekolah. Hujan lebat & trafik sangat² padat. Tiada pilihan lebih praktikal selain jentera marhaen kapcai.

Sebaik memasuki lebuhraya Cheras-Kajang hampir 100m di depan kelibat kemalangan berlau yang melibatkan sebuah motor di lorong tengah tergolek betul² di depan sebuah lori 1 tan yang dipandu ku kira kelajuan 50km/j. Lantas pemandu mengambil keputusan pantas untuk mengelak mangsa dan menukar laluan ke lorong paling kiri. Malangnya lori telah menghimpit sebuah motor lain di lorong kiri & mengheret di sepanjang bahu jalan. Mangsa kedua tercampak ke dalam parit tepi lebuhraya. Mujur tidak diheret bersama motor. Allahuakbar.

Segalanya berlaku begitu pantas tidak sampai 1 minit dua kemalangan berlaku pada tempat yang sama. Apa yang lebih sedih kedua² mangsa adalah wanita lingkungan umur 40an. 

Naluri aku pantas membuat keputusan untuk membantu. Di tengah hujan lebat aku berhentikan motor di bahu jalan & terus bergegas ke mangsa kedua yang masih di dalam parit. Beberapa penunggang motor lain pula bantu mangsa pertama di tengah² lebuhraya. 

Aku tak berani untuk sewenang² menarik mangsa keluar dari parit. Aku pastikan beliau sedar & mampu memberi respon bila ditanya keadaannya. Perlahan² dia cuba memanjat keluar dengan bantuan kami. Kedua² mangsa masih dalam keadaan terkejut dari musibah. 

Setelah mereka nampak lebih tenang, aku & seorang pemuda yang bersama² aku di lampu isyarat persimpangan Balakong awalnya tadi mendirikan semula motorsikal mangsa. 

Aku bertanya jika dia ada nak hubungi sesiapa seperti ahli keluarga. Kasihan bila dia terangkan dia seorang sahaja sementara suami di Kedah. Aku tawarkan bantuan lagi untuk ambilkan telefonnya di dalam kotak motor. 

15 minit berlalu. Sebuah kereta berhenti & menawarkan bantuan untuk menghantar kedua² mereka ke hospital berdekatan. Beberapa orang kami yang lain pastikan motor mereka selamat di letak di bahu jalan & semua barangan mereka dibawa bersama. Pemandu lori turuti mereka juga ke hospital.

Hujan makin lebat. Hari semakin gelap. Trafik bertambah sesak. Aku tidak henti² mendoakan mereka diberi kemudahan oleh Allah. Aku juga tidak putus berdoa dipelihara keselamatan pergi & pulang ke rumah.

Kemalangan jalanraya terutama yang melibatkan penunggang motor memang lumrah di mana sahaja di negara kita. Aku sendiri telah beberapa kali ditimpa musibah & ia bukan sesuatu yang ingin diingat semula. Apatah lagi mangsa yang kehilangan nyawa & meninggalkan ahli keluarga yang masih memerlukan kasih sayang. Apatah lagi bila punca kemalangan itu sendiri akibat dari kecuaian pengguna jalanraya lain seperti kesalahan memandu dalam keadaan mabuk atau mengguna telefon.

Tiada lain lagi selain usaha kita menunggang & memandu dengan berhemah ialah berpegang sebulat²nya kepada perlindungan dari Allah. Doa dan terus doa. Amalkan.

Thursday, March 5, 2020

Entering Syaaban (March 2020)

Syukur Alhamdulillah ada juga keluangan masa untuk bertenang pagi ni sebelum memulakan tugasan yang sudah aku senaraikan. Aku ambil sedikit masa sekadar catatan perjalanan hidup & apa yang terlintas serba ringkas. Jangan sampai ia berlalu tanpa garapan.

Dalam kesibukan memenuhi demand job & klien aku cuba sedaya upaya juga untuk kemaskini rekod akaun. Aku tau angka² ini jika diisi setiap hari memang memerlukan penelitian & kesabaran tapi hujung²nya nanti keseluruhan database tersebut akan mewakili sesuatu yang lebih jelas especially dalam bab melihat untung rugi perniagaan.

Aku bermula seawal Januari hingga kini. Aku rujuk penyata akaun bank & key in semua transaksi tunai & online. Nampaknya ada untung & ada rugi tapi takpe. Aku bersyukur dengan kurniaan rezeki Allah.

Walaupun bekerja sendiri ini tidak menjanjikan penggajian pada setiap hujung bulan tapi Alhamdulillah kewangan ada sepanjang masa. Tidak banyak tapi cukup. Sekurang²nya selain itu aku juga dapat menyibukkan diri dan berbayar dengan urusan yang sendiri tetapkan masa & tindakan. Tiada tekanan dari sesiapa baik dari semua sudut. Aku boleh aje berehat bila² masa aku perlu tanpa risau tentang culas or curi tulang.

Dalam masa yang sama, selain jadi designer aku juga perlu buat kerja procurement, accounting, dispatch, marketing dan public relation. Memang all rounder. Asalkan selagi aku masih enjoy buat.

Insyaa Allah aku akan terus berdoa semoga diberi kekuatan untuk beristiqomah dalam membuat kebaikan & mengelak dari kemurkaan Allah sebab itu antara punca rezeki.

Wednesday, February 26, 2020

3rd Week into February 2020

Alhamdulillah sudah masuk 3rd week kerja masih berjalan dengan lancar disertai dengan beberapa job baharu. Aku bersyukur juga pengalaman kerja pengurusan & disiplin diri sekian lama sangat membantu aku berdisiplin dengan kerja sendiri. Tambahan lagi dengan karakter aku yang sedikit berstruktur. Tapi aku juga dah 3 minggu tak jogging. Aku terpaksa letak priority untuk siapkan kerja kerana memerlukan masa dan morning kick-off yang fresh & relaxing.

Mana yang aku sempat, aku akan sedekah especially bila Allah swt hadirkan peluang depan mata. Adakala ada juga aku tanamkan niat & plan ahead where & when to do it.

Aku masih dilema dengan jawatan biro SAA sama ada nak teruskan atau tidak. Salah satu sebab ialah komitmen selain juga isu aku have to pekakkan telinga dengan kerenah personaliti yang pelik². Mungkin the later formula could be useful in order to survive.

Dengan kesibukan kerja, aku dah mula kurang buat marketing di social media selain memang tak sempat. Kreativiti aku lebih banyak tertumpu kepada creating artworks. Kadang² memang sampai berpinau mata straight half a day & bersambung pulak sebelah petang. Aku akan grab the chance for an afternoon nap if the dingling headache tends to stay longer.

Cuaca juga agak panas terik lately especially tengahari. Sometimes rain came but not too often.

Aku berfikir, is this the moment where my passion in art drives my income? Probably. And i will make sure it does. But how far i want to drive it? Kalau nak sampai financial freedom or sampai tua? My guidance is to work stress free.

Thursday, February 20, 2020

All Quiet on the Western Front

Pada seawal minggu pertama selepas cuti CNY keadaan agak sunyi dari sebarang tanda² dapat job. Aku hampir putus asa. Hampir. Aku follow up beberapa potential job yang pernah submit quotation tapi beritanya sepi.

Rasional aku sendiri. Tambahan lagi dengan cabaran berkolaborasi dengan ajk surau yang nampak gaya tidak berapa ngam atau tiada leadership yang padu. Aku mula menyendiri. Cuba terus muhasabah. Formula nya mudah...elak buat dosa tak kira yang kecil mahupun besar. Betulkan yang biasa & biasakan yang betul. Andai nak buat kebaikan untuk pahala itu sukar, lantas elak dari lakukan yang mungkar.

Aku cuba kekalkan begitu. Jarang juga aku ke surau. Tatkala bermuhasabah ni, aku lebih suka & khusyuk berkomunikasi dengan-Nya bersendiri.

Terkadang aku lihat pesanan yang nyatakan doa & terus doa. Itu kunci & senjata kepada segala ujian. Panjang lebar ku garapkan doa dengan pengertian setiap bait ayat.

Thursday, February 13, 2020

2020 First Long Ride

Bukanlah jauh sangat tapi 90km buat pertama kali untuk tahun 2020 memang sedikit rasa gemuruhnya. Apatah lagi sudah hampir 6 bulan tak duduk atas basikal lama-lama. Aku juga ambil kesempatan untuk kayuh sewaktu aku daftarkan Umar di PD International Triathlon supaya kami boleh sama-sama kayuh untuk persediaannya. Dapatlah dua kali kami kayuh sebagai majlis panaskan badan.

Dua minggu lepas kami berjaya berkumpul semula dari kawan lama dan kawan jiran untuk kayuh di Lebuhraya LEKAS dari rumah hingga ke Tol Bukit Setol dan balik. Difikirkan laluan kayuhan ini tidaklah sebegitu mencabar kerana tiada bukit yang tinggi dan curam untuk didaki selain permukaan lebuhraya yang agak bersih dari lubang dan berbagai gangguan trafik.

Ujian kecil terjadi sebaik aku kayuh ke tempat berkumpul beberapa ratus meter dari rumah. Rantai basikal putus! Hati sedikit kecewa dan pantas sahaja aku memikirkan alternatif yang ada untuk aku terus dapat kayuh. Akal ligat berfikir. Untuk disambung semula rantainya tapi tiada alat, malah tiada pengalaman langsung membuatnya. Mungkin boleh cuba sebab aku pernah lihat prosesnya. Nampak mudah. 

Aku hampir putus harapan. Ijat sampai di lokasi berkumpul. Dia tertanya apa kekecohan sebelum kayuh? Aku tau anaknya Zahin mungkin boleh membantu tapi Ijat maklumkan Zahin sudah hendak pergi bekerja dan dia tak pernah membaiki rantai putus. Tapi Ijat menawarkan basikalnya yang satu lagi untuk aku pinjam. Jenama Bianchi Sempre yang sudah aku tau nilainya ribuan ringgit jauh lebih mahal dari basikal besi aku.

Alhamdulillah saiz kami hampir sama. Aku tiada masalah dengan geometri konfigurasi basikal Ijat walaupun agak jauh kedudukan 'handlebar' tapi cukup untuk setakat ni.

Kayuhan kami bermula agak kelewatan oleh sebab masalah teknikal tadi. Kami berjumpa dengan kumpulan sahabat lain di R&R Branang. Mereka juga dikhabarkan kelewatan. Tak mengapa sebab kami sangat gembira kerana sudah sekian lama tak berjumpa dan kayuh bersama.

Kelajuan kayuhan kami dalam kadar yang selesa untuk tiada yang tertinggal mahupun yang terlalu laju. Perbualan rancak di atas basikal berterusan hingga ke kaki Bukit Setul. Lumrahnya bila mendaki masing-masing akan ikut kemampuan sendiri. Kami berkumpul semula di puncak.

Cuaca agak selesa dengan deruan angin sekali sekala menyamankan badan yang berpeluh dan kaki yang sudah mula terasa penat. Perut juga sudah mula berkeroncong tanda waktu sarapan sudah dilewati. 

Kumpulan kami terpaksa berpisah kerana masing-masing dengan rancangan kayuhan seterusnya atau berpakat untuk memilih laluan lebih cepat dan mudah untuk balik.

Ada yang terus ke arah Lenggeng untuk bersarapan. Ada yang meneruskan kayuhan sepanjang lebuhraya menghala ke Senawang. Nizam, Sidan dan aku memutuskan untuk berhenti bersarapan di kedai pertama yang beroperasi kami jumpa sebaik menuruni Bukit Mantin di jalan lama.

Alhamdulillah nasi lemak dengan lauk sambal sembilang menjadi santapan bekalan tenaga kami. Kami teruskan kayuhan balik melalui lebuhraya juga. Angin semakin kuat pula hari ni dan tidak lupa juga cuaca terik yang mula menggigit kulit.

Hampir setiap persimpangan lebuhraya dijadikan tempat kami berteduh dari panas matahari. Sidan terpaksa menamatkan kayuhannya di penghujung lebuhraya kerana sudah tidak larat. Tinggal aku dan Nizam yang masih cuba untuk tamatkan kayuhan sehingga ke rumah. Cabaran angin, panas kini bercampur pula dengan kesesakan trafik hari Sabtu cuti umum Thaipusam.

Beberapa kali juga aku hampir dihimpit dan dimarahi oleh penunggang motorsikal yang menderu tanpa rasa tanggungjawab kepada pengguna jalanraya lain. Sedikit terkilan dengan sikap dan akhlak yang dirasakan semakin buruk dalam kalangan pemandu dan penunggang motorsikal di negara ni.

Kayuhan tamat pada 97km. Aku rasa berpuas hati dengan usaha untuk kembali beriadah dengan sukan berbasikal.

Friday, February 7, 2020

Hidup Dalam Kariah

Surau kami dah lebih 10 tahun dan bermacam-macam lapisan ahli jemaah. Ya. Aku katakan begitu sebab jemaah pun masih ada karakter masing-masing. Please take note bahawa jemaah juga manusia biasa, dan mereka tidak lari dari perasaan dan emosi yang tersimpan dalam hati.

Tahun ni aku ditawarkan untuk pikul tanggungjawab ajk surau. Mengurustadbir biro pembangunan dan penyelenggaraan. Sedikit sebanyak macam kerja aku sebelum ni. Aku berasa tiada sesuatu yang kekok cuma perlu sahaja bersedia dengan buah mulut manusia.

Tapi aku agak kecewa tatkala mesyuarat pertama ajk yang aku hadir sudah menonjolkan beberapa watak dan sikap yang kurang profesional dan beremosi. Pastinya tidak asing lagi terdiri dari mereka yang sudah terlalu lama memegang jawatan. Sungguh jelik. Aku sudah jangka perkara sebegini akan berlaku.

Sedihnya ajk sendiri sudah tidak sehaluan dan sama pendirian apatah lagi ingin memikul tanggungjawab agama. Kerana sikap yang sebegini, bukan sahaja luntur pahala kerana gagal dalam keikhlasan, malah boleh sahaja mengundang dosa kerana sikap dan hati yang tiada unsur positif.

Aku sedang pertimbangkan untuk meletakkan sahaja jawatan kerana tidak mahu pening kepala melayan kerenah mereka dan andai hilang kesabaran, aku juga mampu mengeruhkan keadaan, Tapi aku tidak mahu capai peringkat tu.

Wednesday, January 22, 2020

Kisah DKJ berjumpa MyJoe_Store Shopee

Hari ni aku ada pi beli Redme AirPods macam Hanis selepas dapat payment dari beberapa job. Ini pun sekadar reward untuk diri sendiri. Tak mahal pun. Gantikan earphone yg dah rosak. Dan motivasi utk kembali jogging.

Aku cod dgn MyJoeStore ni kat Bdr Tasik Pemaisuri. Saja ada masa lapang since beberapa design dah settle.

Sampai kat parking, aku tanya kat brader yang baru juga parking motor skuter besar dia. Aku bajet mesti dia sebab profile pic wasap dia pakai helmet sama. Memang betul.

Kami sembang dalam 15 minit kat situ sementara tunggu dia adjust motor dia. Banyak aku tanya pasal bisnes dia.

Seumur hidup dia tak pernah bisnes. Makan gaji aje. Pemuda lingkungan 30s sebab anak sulong dah form 1 di MRSM Kuala Klawang. Anak kedua darjah 4 & ketiga tak ingat plak aku. Asal Seremban. Tinggal di Batu 9 Cheras. Dekat aje.

Bermula dengan bisnes online sambilan aje. Boss izinkan dia bisnes selagi kerja hakiki siap. Tapi HR Dept mula pantau & beri warning. Lastly dia resign & tawakal walaupun masih suspen nak full swing bisnes.

Bisnes dia jual gajet aje kat shopee, insta & facebook. Kena banyak platform sebab seller yang jual barang sama pun ramai. Bisnes dia padu sehinggakan dia gamble pergi Shenzen & Ghuangzhao untuk berjumpa pembekal sana & deal business. Sampai macam tu sekali.

Tak kena cukai ke masuk Malaysia. Dia deal pulak dengan agent shipping kat sini. Chinese. So far tak pernah kena cukai.  If not nilai cukai 20% dari harga barang. Mahal tu. Dia baru balik dari China settle kan belian berpuluh ribu sebab nak pastikan barang sampai before CNY sebab kat sana dah mula cuti since last week selama 2 weeks.

Ada gak kena klentong deal kat sana tapi tak la serious sangat.

Kami pun naik ke level 2 office dia. Sewa RM550 hanya untuk satu ruang bilik saiz stor. Kecik je maybe sebab lokasi tu yang jadi mahal. Dia share dengan bisnes bekam & wedding photographer. Sewa whole level RM2500.

Dalam office dia ada meja, printer bluetooth & berkotak2 gajet yang belum sort out dan juga display rack yang boleh gantung gajet macam kat kedai. Dia hanya jual barang genuine & berkualiti. Harga competitive dgn seller shopee lain.

ada gak dia jual running shoes adidas tapi kena warning dgn shopee sebab barang imitation. hahaha. cepat2 dia cancel iklan.

weekdays dia cuba close 20 sales. on weekends boleh cecah 50 sales. sales value tak bagitau. tapi aku anggarkan around rm150-200/day.

bila ada org order from shopee, dia cuma close order, print resit shopee, packaging & tampal kat parcel & terus pi poslaju di kaunter shopee. tak payah bayar apa2 pada poslaju sebab shopee uruskan.

aku siap tanya dia macam mana nak bukak akaun bisnes maybank. dia kata rm1000 aje. dia boleh chop kan sbg introducer. sempoi.

aku pun pass biz kad aku sebab dia kata nak order t-shirt untuk MyJoe Store. Mudah2an kongsi rezki kami.

Friday, January 17, 2020

Fri-Yeay!

Datangnya Jumaat ke-2 tahun 2020 aku sudah ligat berfikir sejak semalam untuk mengurus dan merancang aktiviti Jumaat. Waktu memang agak sedikit terbatas pada hari Jumaat tapi kita perlu positif dan berdoa kerana waktu yang berkat akan sentiasa cukup untuk kita #cukup.

Sekarang hampir setiap hari aku disiplinkan diri untuk buat marketing. Aku setuju, marketing amat penting cuma dengan kurangnya pengalaman aku dalam dunia perniagaan agak merangkak sedikit untuk aku rencanakan. Pastinya dengan perancangan dan strategi yang mudah dan mampu buat confirm boleh.

Tatkala aku kebuntuan idea untuk berkreatif, aku buat marketing. Marketing juga satu aktiviti kerja. Tanpa marketing, pasaran tak tahu apa produk kita. Chewah! Telefon bimbit menjadi senjata utama aku dalam aktiviti ini. Aku akan create posting atau story di media sosial i.e. Instagram, Facebook dan Whatsapp status. Aku blast. Tak kira apa kandungannya, sama ada yang berkaitan dengan kerja aku atau pun simply quote of the day or ilmu. 

Wednesday, January 15, 2020

Catit Dulu

Bismillah

Sehari dua ni ligat kepala ni berfikir macam-macam idea. Alhamdulillah. Moga diberi sebaik-baik kesihatan dan kekuatan minda untuk terus berfikir positif dan kreatif.

Sehari dua juga rezki datang dalam pelbagai bentuk dan arah. Surau setuju untuk lantik aku mengetuai Biro Pembangunan & Penyelenggaraan. Moga diberi kemudahan untuk ke jalan kerana Allah swt.

Sehari dua juga aku terima beberapa job DKJ. Ada yang kecik dan ada yang besar. Alhamdulillah. Nampak gaya semakin sibuk sikit tapi itu petanda bagus.

Sehari dua juga aku terfikir untuk rekodkan catatan apa jua jurnal perjalanan hidup ni baik yang semasa mahupun kisah silam. Aku suka bercerita pengalaman dan semakin tua ni kadang-kadang diulang-ulang pula cerita tu dengan anak-anak dan kawan.

Kisah zaman hobi mendaki gunung, ekspedisi dan sebagainya. Maybe aku akan citer sedutan atau plot sahaja. Biar lebih ringkas dan padat. Sambil-sambil mengasah bakat menulis. Manalah tau satu hari nanti boleh dibukukan dan bantu jana pendapatan positif. Aamiiin

Saturday, January 11, 2020

DKJ Artizen

My last post was in October. Upon my birthday, aku masih belum secure sebarang kerja yang dipohon. Keadaan tidak menampakkan sebarang prospek untuk berjaya dalam permohonan kerja especially bila melihat pada senario semasa industri kerja makan gaji. Tambahan lagi untuk aku pada usia sebegini dan juga industri kejuruteraan yang semakin nampak stress kalau dipertanggungjawabkan. Aku tak sanggup...

By November aku dah mula kumpul determination untuk merealisasikan impian aku for the last 5 years untuk setup company sendiri. Alasan aku paling kukuh ialah selagi aku tak berdaftar secara sah untuk berniaga, selagi tu aku tidak akan bersungguh dan serious dalam industri art & design. Alasan lebih kuku bila ada beberapa drives dari kawan-kawan yang appreciate hasil kerja aku selama ni.

On 29 November 2019 aku mendaftarkan DKJ Artizen Ventures di SSM Putrajaya. Modal RM70 sahaja. Alhamdulillah atas pemberian kekuatan untuk aku teruskan hajat.

Aku terus setup gmail account dan juga akaun instagram dengan nama syarikat. Bila dah cukup modal, aku akan buka akaun bank pulak. 

Sekarang sudah hampir sebulan lebih bergelar usahawan yang berniaga sendiri, marketing antara sumber utama berusaha untuk mendapatkan job. Alhamdulillah aku diversified kan kerja bukan setakat print baju sahaja. Aku venture ke sulaman cap. Berjaya register sebagai agent kepada pembekal cap untuk dapat harga agent. 

Mudah-mudahan tahun 2020 aku beroleh rezki yang melimpah ruah dengan penuh keberkatan supaya dapat aku langsaikan semua hutang yang tertunggak. Aamiin.