Wednesday, March 28, 2018

Week 10

It rained early morning yesterday. We also had electrical supply interruption for a few hours. The rain brought blessing. It was cooling despite the blackout and I continued my sleep mid morning enjoying the coolness. 

Deep inside I was beginning to lack the spirit. I am in search of a bit of a booster. Motivation and inspiration to keep on running, at least for the remaining weeks up to race day. Or, I wish I could continue on running even after the race. I felt great. But sometimes we had to push aside some laziness that, would probably creeps in.

I ran this morning. 8 km. Legs felt good. Perhaps the result of Sunday's interval...? I hope so. 5 laps around the lake now seemed brief. That sounds good, right? But, a note to myself...

  • Don't start a run with attempts to run fast. That includes high cadence. The heart rate will go chaotic and the feeling of struggling is not good.
  • Run slow with a manageable steps. Not too short & not too far. Keep the tempo low. Calm & cool is the key.
  • Must keep this mind every time.
Tomorrow is perhaps a shorter 5 km run before another 8 km on Friday. The weekend will be back in hometown. Would consider bringing along the running shoes and find a place to run a 14 km.

Tuesday, March 27, 2018

Week 9 - Lethargic

Last week was the 9th week of the SCKLM training, which also marked the beginning of the third three face module. The weekdays' miles increases and that goes together with the weekend run. It was a bit less hectic when it fell during a school break. Hence, I managed to start my morning run early and less chaotic for the rest of the day providing me space to relax and recover. 

I managed to squeeze a quick lunch with old running friends Nik, Syah and Shuk at our annual gathering place Pelita Jalan Ampang. The old Pelita was next to Wisma Central. Now it's next to MATIC. We missed out on Ziff and of course our late Det. We never miss a session, at least once a year catching up on old and new stories especially the local running atmosphere.

It seemed that everyone kept on exercising be it competitively or on recreational basis. We talked about the grand marathon event SCKLM mostly old stories and memories. It was so nostalgic and sweet.

I ran a short 5 km on Thursday at Putrajaya Challenge Park while escorting FU on his first mountain biking experience, and 8 km on Friday. The Friday run was a bit lethargic. I wonder why. Schedule says that I need to race a 10k on the weekend but it may seemed not possible.

I decided to customize my weekend race to something a bit demanding, which hopefully I can cater. I planned for an interval training while sending AY for his football training. The place provided a good running track which may help me monitor my pace and distance.

However, it turned out more than I can chew. The menu was a kilometer with a few minutes recovery, repeating for 10 times. The pace was averaged at 5.12 but I can only managed 5 reps. Each kilometer was a drag race, suffering to end it which I decided to throw the towel.

Looking back at the weekend attempt, I tried to review what went wrong. Which eventually I noticed that I had lamb on Friday evening. I had previous knowledge that meat is preferably taken on Monday if one is in the middle of a training. Meat takes up most oxygen to the stomach for digestion process instead of to the leg muscles. Mistakes! Hahaha

Wednesday, March 21, 2018

Tasik Perdana

Hari ni aku lari kat Lake Garden. Sepatutnya semalam dah cuba tapi pagi semalam lapaq mai awai. Aku pi cari roti teloq lagi mantap.

Lama sangat aku tak mai sini, especially berlari. Zaman training 2009 untuk first marathon dulu memang hampir setiap petang balik keje mai singgah berlari dengan kaum sampai matahari turun. Sangat nostalgik. Aku rasa kami duk berlari kat sini sampai 2011. Aku pun lupa dah berapa jauh satu loop tasik.

Pagi ni aku siap-siap dah barang dan mental untuk cuba khatamkan 10 km. Lepas abih 1 lap, aku tengok Strava duk baca 2.4 km. Cantik dah tu. Kalau aku buat 4 laps + 600 meter lagi lengkap.

Tapi mental gak beb. Tambah pulak bila kaki ni asyik nak hayun laju je. Tau la Ahad baru perabih 15 km dalam hutan. Rehat pulak dua hari. Memang sepatutnya sedap kaki tu. Tapi aku gelojoh sikit. Pace jadi turun naik setiap lap tasik. Last lap dah memang tangkap lentok je lari.

Ramai gak runner tegar yang aku nampak. Boleh kenai depa ni dari gaya. Mungkin training sebagai personal atau wakil mana-mana jabatan or pertubuhan. Ada gak yang berjalan kaki ala lumba tu. Yang tu sah la training untuk skuad mana-mana.

Lake Garden masih macam dulu. Tenang, redup dan nyaman. Klasik weiii. Kaki aku bawak aku menyusur memori lama bersama sahabat. Mula pulak sebak dah ni. Aduh.

Takpe lah. Anyway, sedikit sebanyak dapat juga bekalan motivasi untuk aku terus berlari demi kesihatan.

Tengahari aku jumpa balik koleksi Kings kat Pelita Jalan Ampang macam setiap setahun sekali kami buat. Nik, Syah dan Shuk yang mai. Ziff ada meeting. Arwah kalau masih ada mesti dia mai.

Tuesday, March 20, 2018

Hulu Langat Trail Run 2018

Last Sunday I ran the HLTR 2018 which means it was the third edition for me. I think so. The first was only 7 km when I replaced someone and last year a 17 km bonking situation. It was a desperate attempt and failed big time. I walked for the remaining 10 km. Can you imagine that?

This year was a big relief for me. After running for a while since I started the SCKLM scheduled training, I had some miles in the legs for this run. And, it turned out to be a great and fun one.

The distance was 15 km. The trail was magnificently routed and manned. Last year was disaster with super incline. But of course I had to fast walk up certain climbs which was not quite run-able. 

I started slow. It was a nice to be stuck at the middle of the pack when I had to force myself to follow the pace of the huge crowd. It provided me with ample warm up time. As the pack dispersed when the trail ease a little bit, I started to run within sustainable pace. 

Enjoyed myself to an ice cream at the ninth kilometer where a water station was located at the top of the climb. And the rest of the 6 km was run and having fun especially at the river crossing to wash away the sticky sweat with refreshing cold water.

Honestly I felt a bit surprised when I overheard the marshal yelled out the remaining 400 meters to the finishing line. What? So soon? Though the legs are starting to jell out, but the 2 hours running was not quite bad. I really owed it to the scheduled training since February.




Friday, March 16, 2018

SPM

Semalam memang supposed aku kena run for 7.5km to 8km. Rabu was supposed to be the third day for this week. Tapi aku macam struggle. Aku mampu hanya buat sampai 6km bila mental dah mula mengalah. Walaupun at the first thought in the morning memang komited nak run tapi at the end, it was fake. 

Entah kenapa? Maybe aku rasa a bit distracted sebab hari ni jugak result SPM keluar. Suspen agaknya. By the way, Alhamdulillah NY got 4As. 

Selama ni macam-macam aku dengar pasal permohonan kursus lepasan SPM ke IPTA dan lain-lain. Memang nampak rumit tapi aku setakat keep in mind aje apa yang ramai anak member went through. Macam-macam preference. Of course ramai or secara main stream akan memilih untuk program yang paling cepat, pendek, express supaya cepat-cepat boleh kerja dan jimat duit pembiayaan. True.

Tapi maybe some of them lupa yang life di kampus tu sangat valuable. Rugi kalau tak really enjoy dan ambil manfaat dari campus life. Aku buat macam tu je dulu. Maybe sebab aku tiada pilihan or maybe aku memilih untuk study ikut kemampuan sambil enjoy the benefit of campus life. Which is, adalah kehidupan yang paling banyak membantu aku untuk mengenal dunia luar dan hidup dalam masyarakat.

Eventually, product graduate jugak berbeza antara mereka yang bijak pandai dan cepat mula kerja berbanding dengan yang alon-alon ni. Hasilnya wujudlah komuniti yang duduk dalam suasana elite sebab berjaya bergaji besar berbanding dengan komuniti sederhana yang tinggal di rumah teres aje. 

Tapi ingat! Kemewahan yang depa semua dapat (bukan depa earn ye sebab semua pinjaman dunia je) tu bukan tanda ukuran kejayaan. Kita akan nampak golongan dewa yang hidup dalam konsep ketuanan. Nak hidup bermasyarakat jauh sekali. Masyarakat yang dia ada cuma rumpun keluarga sendiri. Keluar masuk rumah pagi dan petang tanpa menghiraukan jiran tetangga, sebab jiran pun mindset sama. Dah duduk dalam komuniti product sama kan? Bila cuti hilang, pergi oversea. Prinsip depa ni, aku berduit so aku boleh dapat apa aku nak.

Berbeza dengan komuniti sederhana ni. Ibarat zaman dulu orang kata macam orang kampung la. Bising aje bila beraktiviti bersama especially bila ada keramaian yang mostly bertumpu di surau. Memang kecoh. Nampak takde kelas langsung. Merata mereka ni naik motor kapchai je untuk ke mana-mana. Kalau ada kereta besor sikit pun simpan kat rumah sebab minyak mahal. Pantang ada aktiviti or program, sure penuh la dengan muka-muka ni.

Ye. Ini semua perbezaan nyata yang kita nampak kat dunia kan? Tapi ingat! Itu bukan ukurannya. Hangpa tengok nanti bila mana hangpa jatuh sakit dan mati. Hangpa nampak nanti kat mana nilai kemewahan dunia yang hangpa joli katak selama ni berbanding dengan nilai ukhuwah?

Tuesday, March 13, 2018

Spread Salam

Bismillahirrahman nirrahim

Hari ni memang agak liat sikit bila fikirkan kena sambung training. Last LSD Sabtu lepas punya sengal baru aje hilang semalam. Tapi aku tetap kena elak dari kuman malas datang hinggap. Ini dia baru kacau mental je. Once kalau dah sangkut, bahaya. Hilang motivasi nanti.

Macam biasa aku akan mula jogging untuk 10 minit pertama (1km) untuk panaskan badan. Lepas tu aku kena khatamkan 5 laps lake. Sama je macam last week punya menu, cuma aku fokus banyak pada pacing training. 

Dalam aku berlari tu, memang aku duk perasan la a few familiar faces yang hari-hari jogging kat lake ni. Tapi kadang-kadang aku serba salah sama ada nak senyum & bagi salam or buat derk je. Most of the time aku pandang muka depa until one of us buka respon baru aku balas. Tapi selalunya takde apa jadi pun. Bunyi cengkerik je bila selisih.

Hari ni aku try tukar approach & konsep training. Selain training, aku nak spread salam, greetings dan senyuman. Aku duk balun buat muka senyum je all the way. Sesaper nak respon aku suka. Ends up hari ni aku dapat bagi salam kat 4 orang, selamat pagi kat 2 orang chinese dan satu senyuman. Rasa best. 

In fact aku pernah dengar ustaz cerita, sesiapa memulakan salam akan dapat istana di syurga. Sampaikan Saiyyidina Umar pernah bermasam muka dengan Saiyyidina Abu Bakar sebab tak dapat bagi salam dulu. Punyalah depa berebut. Kita sini kena ubah approach.

#spreadsalam
#assalamualaikum

Monday, March 12, 2018

Balik

Over the weekend aku decide untuk balik JB sebagai langkah mencari keberkatan dan rejuvenate. Aku naik bas ekspre aje. Senang dan selesa serta murah. One way tiket RM35 kalau beli over kaunter dan tambah RM2 kalau beli online sebab TBS charges.

Sempat pagi tu aku buat long run dengan Umar covered 11km. Since dia pun takde kelas tambahan, so dia follow cuma agak letih untuk dia sebab pace terlalu slow. Nevermind, he is a strong boy. By 10.00 a.m. Ida hantar ke TBS. Dalam beberapa minit aku dah boleh turun ke boarding hall dengan hanya scan QR code yang dah save dalam phone. Basically semua paperless. Bas sampai tepat pada masa & aku habiskan 4 jam perjalanan dengan melayan phone & tidur.

Sampai JB about 4 jam setengah sebab trafik was bad hari Sabtu di JB. Bus station Larking or nama sekarang is Larkin Sentral dah lain sikit dengan nama lebih teratur. Bagus.

Abby terus bawak aku pi pekena nasi goreng kambing kat Jamilah kedai mamak depan Sekolah Convent. Memang mantap. Even mee goreng dia pun nampak mantap. Kami lebih banyak tukar-tukar idea dan Abby lebih banyak advise aku macam mana nak adjust semula daily schedule supaya boleh tambah slot kelas = income.

Lama kami lepas situ and aku dah mula bersemangat semula dengan otak dah mula penuh dengan ideas. Takpe aku akan atur strategi semula. Malam kami pi tengok Tomb Raider, which was a bit disappointed sikit. Aku rasa macam Angelina Jolie lagi best.

Malam aku sempat layan Tiereno Adriatico Race kat Astro (lama tak layan Astro cycling lah). Then lights out. Aku tido bawah sorang.

Esok pagi sangat padat. Pergi breakfast dengan semua & ended up kami semua duk pi sibuk hunting Hotwheels. Ni semua Adie yang meracun. So aku sempatlah belikan hadiah Hotwheels untuk Umar birthday dia 13 Mac nanti.

Bas balik KL kul 2.30 p.m. so semuanya agak hectic. Urusan balik KL pun mudah macam naik dari TBS jugak cuma di area Senawang sampai Bangi traffic agak sesak sikit.

Friday, March 9, 2018

Cats & kittens

Kat rumah aku sejak dulu lagi banyak isu kucing. Asalnya dulu bila laman rumah jadi tempat kucing melepas. Sampai jadi tompok-tompok rumput karpet sebab mati kena najis. Macam-macam cara aku buat untuk avoid tapi jarang berjaya.

Bila dah takde laman, takde rumput sebab semua dah tiles maka takde lagi isu najis. Cuma kadang-kadang ada jugak urine & cat vomit. Itu je alasan untuk sekali sekala basuh car porch pun.

Dulu kami pernah bela kuching. Kami bagi nama Rare sebab bulu tebal, putih & male. Masa kecik memang comel sangat especially masa dia playful. Manja pulak & pandai ambil hati the whole house. 

Bila dah besar sikit timbul isu cat fur. Bulu gugur bila musim panas, dah mula cakar sofa & ada fur ball yang kena shave untuk jaga kesihatan. Kami frequent jugak ke vet UPM untuk vaksin & beberapa occassion lain. Kami tak castrate kan Rare sebab agak confuse sama ada boleh atau tak dalam Islam. So ended up rumah kami jadi Hotel California bila Rare dah mula memikat females. Dia balik untuk buang apa yang patut, makan & lepas tu keluar balik. Even malam pun nak keluar. Kalau tak bagi, akan bising & tunggu kat pintu bila pagi.

Eventually kami decide to give Rare away. Ada orang berminat nak bela untuk dijadikan breeder. Amik ko. Mengawan lah puas-puas.

Currently ada one female with 3 kittens. Sejak dari menyusu badan duk berulang alik between rumah aku & jiran. Sekarang kittens tengah lasak & ibu tengah kuat makan. Cat food memang ample sebab wife aku suka feed. Siap buat cat food sendiri dengan ikan tongkol, sayur bayam or carrot. Memang nampak solid. Memang tak ke mana dah kucing ni sebab food court available upon request.

So far kurang isu cat urine. Maybe sebab depa ni ada. Maybe sebab depa makan di sini & buang tempat lain. Aku tumpang-tumpang jaga since comel-comel kittens ni. Tapi aku tau depa tak akan stay cute forever. 

Thursday, March 8, 2018

Weekday Ramblings

Bismillah

Lately memang keadaan income aku agak kurang kukuh. Perancangan awal tahun untuk kurangkan kelas tuisyen mungkin sedikit sebanyak menjejaskan jugak income. Less class means less income. Printing jobs pun kurang, in fact setakat hari ni takde langsung. Perhaps aku kena buat sikit 'marketing' especially kepada existing dan potential clients. Bab tuisyen tu, aku pun dah kena reestablish advertisement untuk new intake especially English for sekolah menengah. Insyaa Allah.

Pagi tadi aku teruskan training.Semalam step back day tapi aku duk balun buat interval sebab cuaca sangat cantik dan kaki macam sedap. End up hari ni nak perabih 8km rasa seksa. Tapi takpe. Seksanya rasa di hujung-hujung larian. Maybe recovery belum cukup from interval semalam. Left lower calf pun rasa menyucuk sikit. 

Balik dari lari aku terima message dari Dollah. Lately dia banyak message aku bercerita pasal kesihatan dia yang agak teruji. Latest dia punya diabetes agak tinggi. Dollah ni sangat baik orangnya cuma lately dia nampak sangat risau dengan kesihatan. Aku cuma mampu dengar/baca dan doakan dia sambil bagi kata-kata penenang dan semangat. Aku pun ambil kesempatan untuk mintak dia doakan aku.

This weekend Insyaa Allah aku balik JB naik bas. Solo aje. Tujuannya untuk rejuvenate semangat sebagai usahawan. Kadang-kadang aku terfikir nak cari kerja makan gaji semula bila tengok pagi-pagi berduyun-duyun manusia keluar rumah memenuhkan jalan. On second thought, aku juga macam takut tak boleh istiqomah nak bekerja semula macam dulu, takut datang malas dia balik.

Takpe. Aku yakin ni semua Allah tegur aku untuk balik bertaubat kat Dia. 

Wednesday, March 7, 2018

Mistakes

All people make mistakes. Betul? Sama ada nak admit atau tidak. Kalau admit, then kira dia gentle & sporting. Mereka yang tak admit tu, akan beri berbagai reason or alasan untuk cover mistake yang depa buat. So takdelah nampak obvious depa buat silap.

Aku dah beberapa kali buat kesilapan dalam life ni. Betul. Tak kisah orang nak term kan as apa tapi pada aku it were mistakes. And dalam life ni, we have to live with the mistakes. Sometimes it will take years to recover. Memang menyesal tapi itu bukan kehendak aku. Kekadang keputusan beralaskan hawa nafsu tanpa berfikir panjang. Aku kesian kat family hasil kesannya.

Masa aku decide untuk quit kerja late 2015, that was tahap tepu aku. Aku dah memang fed up dengan kerja tu, not totally sebab majikan tapi the stress from clients. Most of them are being pressured, so kat mana lagi nak lepaskan tekanan wap selain kat consultant ye tak? Ada jugak yang so arrogant sampai mengaibkan orang. It was OK though. Kat dunia maybe hang ada power. Hehehe.

Besides, aku selalu teringat kat pesan ustaz pasal halalnya income tu. Masa yang aku curi dari waktu kerja seperti culas. Macam mana nak avoid? Zaman handphone dan internet depan mata, memang payah nak avoid.

Sampai la ni, dah masuk tahun ketiga aku mengajar tuisyen. Alhamdulillah. Cuma this year when I decided to reduce the classes, it was kind of a mistake. Lesser class means lesser income. Though aku ada masa terluang, which was kononnya untuk aku buat kerja printing tapi job printing ni tak konsisten. Tambahan pulak bab marketing memang aku agak lemah. All these ends up with the third month agak financially sakit. Oustanding expenses meningkat. Walau ada masa tapi aku lebih banyak serabut fikirkan macam mana nak settlekan oustanding items day in day out.

Eventually semalam aku message my sister. There's no other place to open up your problem sejak dulu. Alhamdulillah dia bagi suntikan semangat with ideas. Nampak gaya aku akan open up more class untuk english sahaja for sekolah menengah. It seems workable. Insyaa Allah. Setakat ni punya strategi.

Sunday, March 4, 2018

Ignorance itu mentaliti karut

Aku masih kurang faham dengan sesetengah individu yang kadang-kadang kurang peka atau leka. Kadang-kadang kesan dan akibat kena pada orang sekeliling seperti family members especially anak-anak. End up yang rugi ialah anak-anak. Pada aku, it is OK kadang-kadang kita leka tetapi jika jadi terlalu leka sampaikan wujudnya consequences. Sedih.

Ada a few occurrences for example.

Aku anjurkan bengkel matematik untuk pelajar sekolah rendah tahun 4 hingga 6. Aku jemput cikgu yang pakar dengan teknik matematik alternatif yang aku nampak boleh memudahkan kerja anak-anak menyelesaikan masalah matematik. Sebulan aku buka ruang untuk penyertaan. Ada yang cepat bagi nama dan bayar. Ada yang bagi nama sampai ke sudah tak bayar. Ada yang last minute baru nak tanya if masih ada slot. Yang lewat bayar & lewat daftar memang aku tak bagi ruang sebab dah memang pun penuh. Ada yang merayu, ada yang kata baru masuk gaji. 

Maka timbul berbagai tanggapan aku. Kenapa nak tunggu gaji kalau yuran hanya RM30 untuk anak sedangkan bayar bil data plan handphone boleh tiap-tiap bulan? Kenapa tak boleh ayahnya dahulukan bayar? Mungkin ibu tunggal? Tapi kenapa masa awal bulan Whatsapp aku tak terus bayar? Kan ke masa tu gaji baru masuk? Kenapa nak kena bagi alasan banyak program sekolah dan kelas tambahan lain, baru boleh tengok kalendar? Pada aku, itu semua alasan tak munasabah.

SOQ jugak baru-baru ni anjur lumba basikal untuk anak-anak. Sebulan iklan. Alhamdulillah majoriti beri sambutan yang bagus tapi ada jugak sekelumit yang aku boleh gelar 'ignorance'. Dia tak kan tak tau anak suka naik basikal. Lagi pun, at the first place kenapa kau belikan basikal? For sure la sebab anak tu mintak. Tapi anak-anak ni, kalau kita sebagai pemegang amanah ni selamba ignore dan tak guide diorang sebab kita sibuk dengan hal kita, maka kita gagal.

Kesian kat anak tu datang pagi-pagi bawak duit RM10 sebab nak daftar. Bagi peluang sorang dua ok lagi, tapi kalau dah ramai payah jugak nak adjust aturcara perlumbaan. 

Saturday, March 3, 2018

5K Lumba Haram

Kalau ikutkan jadual latihan, this weekend aku kena berlumba lari 5K. Mana lah aku nak sign-up race dalam short notice & tambahan lagi bila kena bayar yuran penyertaan yang mahal-mahal. Cara yang ekonomik ialah buat lumba haram & aku aje peserta tunggal. Tapi mesti la effort macam berlumba.

Macam biasa, aku parking kereta di lake sebab anak nak jogging kat situ. Race route 5K ni memang tak boleh buat di lake sebab weekend crowd luar biasa. So aku plan part of normal McDonald loop yang dulu-dulu biasa buat.

Aku warm up sungguh-sungguh untuk 1km area Avenue 1. Naik bukit sikit, patah balik ke arah lake dan terus ke Suasana. Aku guna Strava aje untuk monitor pace disebabkan dah takde jam GPS. Takpe, bagus jugak guna sepenuhnya phone ni.

Sebaik lalu depan kedai Kaklong, aku start race. Aku takde pilihan selain untuk kerabat bukit Suasana untuk kilometer pertama. Silap planning la ni tapi takpe aku belasah. By the time aku sampai Suadamai, aku ada peluang untuk up dan maintain pace ikut kemampuan threshold. Memang agak seksa tapi aku cuba jugak untuk kekal selama dan sejauh yang boleh. Lagi pun Hitogami membantu bagi semangat untuk terus berjuang.

By the time habis Suadamai, aku masih ada 1km lagi untuk pusing balik ke Lake. Again aku takde pilihan tapi untuk lalu bukit Avenue 4. Mengah. Takpe, aku ambilnya sebagai strenght training sekali. Bila dah menurun untuk kembali ke Avenue 1, jalan flat dan straight tu aku maintain seberapa laju yang boleh untuk last 500m. Ngam! Habis 5KM dan aku ada baki jarak lagi untuk jalan kaki dengan tenang dan selesa balik ke carpark.

Alhamdulillah. Puas hati. Setakat minggu ni punya pemulihan pace, aku syukur. Aku tak boleh gelojoh kononnya boleh kembali macam dulu-dulu berlari sedangkan faktor kekuatan segala organ mesti consider.

Training dua minggu untuk dapat pace ni :D

SOQ-SAA Time Trial Cycling 2018

Minggu lepas, 25 Februari kami SOQ anjur acara lumba basikal untuk tahun ketiga di kawasan kejiranan. Format time trial diteruskan tapi ada kategori baharu, time trial off-road dengan mountain bike untuk kategori remaja dan dewasa. Tahun ni juga kami dapat berkolaborasi dengan surau kesayangan kami, Surau Al-Ansar di bawah Biro Pemuda. Bagus la kira, depa nak program surau dan kami pun nak bantu surau. Cantik sangat dah tu.

Disebabkan ramai anak-anak yang semakin meningkat usia, dirasakan berlumba dengan BMX atas laluan konkrit sudah kurang mencabar, maka intro format baharu ni difikirkan paling sesuai.

Sambutan penyertaan agak di luar jangkaan terutama kategori remaja dan dewasa, maka acara mountain bike menjadi highlight of the day. 30 orang kanak-kanak dan 30 orang lagi remaja dan dewasa semuanya.

Yuran cuma RM10. Peserta dapat sehelai t-shirt event dan berpeluang memenangi hadiah perlumbaan serta cabutan bertuah, termasuklah hadiah grand lucky draw iaitu dua buah basikal fixie. Hadiah basikal ni pun kami SOQ collect sorang sikit untuk bagi ummph!

Kerja-kerja design and build race track dirancang terlebih dahulu dan dikemaskini dengan lebih detail semasa di site. SOQ macam biasa meringankan tulang dalam kempen ukhuwah kami sama-sama prepare race track ala-ala standard UCI. 






Friday, March 2, 2018

Hitogami

Sambung lagi cerita LARI sementara ada idea & rajin menulis. Mungkin betul, bila kita ada struktur dalam hidup dan ada short and long goals, kita akan lebih occupied selanjutnya akan banyak idea untuk kita jot down pengalaman cerita.

OK back to where I flagged off. Masa aku start lari semula, aku takde pilihan kecuali sepasang Adizero yang dalam kiraan aku sudah berusia hampir 6 tahun! Itu pun beli di JPO masa pengakhiran era lari dulu. Ended up jarang pakai, tapak pun hampir lekang selain outsole yang dah mula peel off. Selain kosmetik, kasut tu dah tak function sebaiknya. Bagi mengelak injury, aku opted ke trail shoes pulak. Adidas Aqua dan Response Trail Boost. Tetapi kurang sesuai disebabkan pattern bunga tapak trail shoes ni dah memang grippy, maka surface larian di Lake Valley dengan simen broom finish menambahkan lagi grip. Lutut aku mula terasa hasil grip both surfaces.

Tiada pilihan lain, aku terpaksa mula shoes hunting. Memang aku suka tapi spending too much bukan pilihan. Bajet aku bawah RM200. Logik ke? Of course boleh kalau cari betul-betul. Back to the old days, aku memang suka retail therapy ni cuma nowadays jarang buat sebab kena jimat cermat. 

Right before CNY, aku redah sampai ke Mitsui dengan harapan bertemu jodoh. Mitsui dah ada beberapa outlets jenama kasut yang convincing, bermakna aku sampai ke tempat yang betul. 

Nike's offer memang terbaik cuma aku tak pernah consumed brand swoosh ni. Ada beberapa model yang aku interested especially Nike Free or Flex yang sangat flexible. Harga offer pun not bad. Aku simpan dalam kotak wish list sementara aku ke Adidas, Puma dan Brooks. 

Adidas boost memang aku idamkan tapi harga offer masih menjelekkan. Brooks ada offer RM150 tapi rejected pairs. Patut ke aku gamble dengan kualiti untuk harga?

Opposite Brooks ada outlet World of Sports. Sebelum ni takde. WOS memang ada di JPO tapi maybe baharu di Mitsui. WOS bawa brand Columbia dan Mizuno. Perhaps stop aku yang terakhir sebelum aku buat keputusan kasut mana nak beli.

Jodoh memang tak ke mana dan rezki tu dah tertulis. Aku terjumpa semula Mizuno Wave Hitogami 3 yang beberapa bulan dulu aku belek di WOS Subang Parade. Masa tu belum ada plan nak berlari dan harga offer tak serendah sekarang. Minimalis shoes with minimal price. RM145 aje!

Pastinya aku tak akan menyesal dengan Hitogami. Warna pun sinonim dengan CNY. Belasah. Sekurang-kurangnya dapat mengekalkan semangat berlari yang baru membara semula.

Image result for mizuno hitogami

Kembali berlari

Awal tahun hari tu, aku seperti biasa akan termakan umpan kawan-kawan SOQ untuk sign-up SCKLM. Huh! Sesuatu yang sangat lama aku tinggalkan...berlari. Tahun lepas aku gagal untuk kembali berlari secara ritual. Pengakhirannya agak mengecewakan. Aku suffer big time di Hulu Langat Trail Run. Distance 17km dan aku cuma mampu berlari 10km. Selebihnya aku kawad kaki. Memang menyesal. Tapi konon alasannya ialah sebab berjalan ibarat training untuk Projek Rinjani selepas tu.

Masa di Rinjani aku survive tetapi aku terseksa pada hari terakhir descending. Big time suffer tapi aku cover dengan muka kelat. Lutut aku ketat sampaikan beberapa hari duduk antara dua sujud tak boleh lipat kaki sehabisnya. Kesimpulannya, last year stamina aku memang hancus. Disiplin takde. Semuanya tunggu last minute. Kononnya bijak dalam mengatur planning supaya tak injured dan buang masa. Ternyata silap polisi tu.

Maka tahun ni bermula dengan projek lari. Aku belek semula website Hal Highdon untuk refer training program Half Marathon for Novice 1. Cukup la tu. Yang penting aku mampu komit. Aku tak nak terlalu ambitious. Dah syiok nanti kita fikir kendian.

Bila aku atur jadual yang aku copy paste, rupanya aku dah terlajak. Training dah sepatutnya bermula 2 minggu lepas. Now aku terpaksa terjun ke minggu ketiga. Parah!

Tapi takpe. Pengalaman mengajar kita. Aku start super slow. Amik feel di kaki. Kalau orang kata jogging tu memang slow, ini aku SLOW JOGGED. Bermakna siput kat Lake Valley pun boleh overtake aku anytime. Yang penting fokus pada running gait untuk elak injury.

Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu ke-6 kalau ikut jadual tapi actually baru empat minggu aku berlari. OK lah tu. Sebulan. Cardio nampak ada improvement. Kaki terasa kuat sikit. Mental pun ok. Dah tak rasa nak mengelat walau baru habis satu loop Lake Valley.

Lake Valley jadi medan projek aku. Tempat paling selamat dari hazard traffic dan senang untuk aku calculate distance. In fact kalau nak buat interval pun senang. 

Aku pun kembali guna apps Strava. Dulu dah download & buka akaun tapi tak aktif. Takde matlamat. Sekarang Strava among apps yang aku kerap bukak selain Insta dan FB.

The big day will be 8 April 2018. Setakat ni aku takde target yang tinggi tapi aku cuba nak habiskan HM ni dengan masa yang memuaskan hati. Perhaps ard 2 jam setengah should be OK. Insyaa Allah.