Friday, March 2, 2018

Kembali berlari

Awal tahun hari tu, aku seperti biasa akan termakan umpan kawan-kawan SOQ untuk sign-up SCKLM. Huh! Sesuatu yang sangat lama aku tinggalkan...berlari. Tahun lepas aku gagal untuk kembali berlari secara ritual. Pengakhirannya agak mengecewakan. Aku suffer big time di Hulu Langat Trail Run. Distance 17km dan aku cuma mampu berlari 10km. Selebihnya aku kawad kaki. Memang menyesal. Tapi konon alasannya ialah sebab berjalan ibarat training untuk Projek Rinjani selepas tu.

Masa di Rinjani aku survive tetapi aku terseksa pada hari terakhir descending. Big time suffer tapi aku cover dengan muka kelat. Lutut aku ketat sampaikan beberapa hari duduk antara dua sujud tak boleh lipat kaki sehabisnya. Kesimpulannya, last year stamina aku memang hancus. Disiplin takde. Semuanya tunggu last minute. Kononnya bijak dalam mengatur planning supaya tak injured dan buang masa. Ternyata silap polisi tu.

Maka tahun ni bermula dengan projek lari. Aku belek semula website Hal Highdon untuk refer training program Half Marathon for Novice 1. Cukup la tu. Yang penting aku mampu komit. Aku tak nak terlalu ambitious. Dah syiok nanti kita fikir kendian.

Bila aku atur jadual yang aku copy paste, rupanya aku dah terlajak. Training dah sepatutnya bermula 2 minggu lepas. Now aku terpaksa terjun ke minggu ketiga. Parah!

Tapi takpe. Pengalaman mengajar kita. Aku start super slow. Amik feel di kaki. Kalau orang kata jogging tu memang slow, ini aku SLOW JOGGED. Bermakna siput kat Lake Valley pun boleh overtake aku anytime. Yang penting fokus pada running gait untuk elak injury.

Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu ke-6 kalau ikut jadual tapi actually baru empat minggu aku berlari. OK lah tu. Sebulan. Cardio nampak ada improvement. Kaki terasa kuat sikit. Mental pun ok. Dah tak rasa nak mengelat walau baru habis satu loop Lake Valley.

Lake Valley jadi medan projek aku. Tempat paling selamat dari hazard traffic dan senang untuk aku calculate distance. In fact kalau nak buat interval pun senang. 

Aku pun kembali guna apps Strava. Dulu dah download & buka akaun tapi tak aktif. Takde matlamat. Sekarang Strava among apps yang aku kerap bukak selain Insta dan FB.

The big day will be 8 April 2018. Setakat ni aku takde target yang tinggi tapi aku cuba nak habiskan HM ni dengan masa yang memuaskan hati. Perhaps ard 2 jam setengah should be OK. Insyaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.