Friday, March 16, 2018

SPM

Semalam memang supposed aku kena run for 7.5km to 8km. Rabu was supposed to be the third day for this week. Tapi aku macam struggle. Aku mampu hanya buat sampai 6km bila mental dah mula mengalah. Walaupun at the first thought in the morning memang komited nak run tapi at the end, it was fake. 

Entah kenapa? Maybe aku rasa a bit distracted sebab hari ni jugak result SPM keluar. Suspen agaknya. By the way, Alhamdulillah NY got 4As. 

Selama ni macam-macam aku dengar pasal permohonan kursus lepasan SPM ke IPTA dan lain-lain. Memang nampak rumit tapi aku setakat keep in mind aje apa yang ramai anak member went through. Macam-macam preference. Of course ramai or secara main stream akan memilih untuk program yang paling cepat, pendek, express supaya cepat-cepat boleh kerja dan jimat duit pembiayaan. True.

Tapi maybe some of them lupa yang life di kampus tu sangat valuable. Rugi kalau tak really enjoy dan ambil manfaat dari campus life. Aku buat macam tu je dulu. Maybe sebab aku tiada pilihan or maybe aku memilih untuk study ikut kemampuan sambil enjoy the benefit of campus life. Which is, adalah kehidupan yang paling banyak membantu aku untuk mengenal dunia luar dan hidup dalam masyarakat.

Eventually, product graduate jugak berbeza antara mereka yang bijak pandai dan cepat mula kerja berbanding dengan yang alon-alon ni. Hasilnya wujudlah komuniti yang duduk dalam suasana elite sebab berjaya bergaji besar berbanding dengan komuniti sederhana yang tinggal di rumah teres aje. 

Tapi ingat! Kemewahan yang depa semua dapat (bukan depa earn ye sebab semua pinjaman dunia je) tu bukan tanda ukuran kejayaan. Kita akan nampak golongan dewa yang hidup dalam konsep ketuanan. Nak hidup bermasyarakat jauh sekali. Masyarakat yang dia ada cuma rumpun keluarga sendiri. Keluar masuk rumah pagi dan petang tanpa menghiraukan jiran tetangga, sebab jiran pun mindset sama. Dah duduk dalam komuniti product sama kan? Bila cuti hilang, pergi oversea. Prinsip depa ni, aku berduit so aku boleh dapat apa aku nak.

Berbeza dengan komuniti sederhana ni. Ibarat zaman dulu orang kata macam orang kampung la. Bising aje bila beraktiviti bersama especially bila ada keramaian yang mostly bertumpu di surau. Memang kecoh. Nampak takde kelas langsung. Merata mereka ni naik motor kapchai je untuk ke mana-mana. Kalau ada kereta besor sikit pun simpan kat rumah sebab minyak mahal. Pantang ada aktiviti or program, sure penuh la dengan muka-muka ni.

Ye. Ini semua perbezaan nyata yang kita nampak kat dunia kan? Tapi ingat! Itu bukan ukurannya. Hangpa tengok nanti bila mana hangpa jatuh sakit dan mati. Hangpa nampak nanti kat mana nilai kemewahan dunia yang hangpa joli katak selama ni berbanding dengan nilai ukhuwah?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.