Saturday, March 3, 2018

5K Lumba Haram

Kalau ikutkan jadual latihan, this weekend aku kena berlumba lari 5K. Mana lah aku nak sign-up race dalam short notice & tambahan lagi bila kena bayar yuran penyertaan yang mahal-mahal. Cara yang ekonomik ialah buat lumba haram & aku aje peserta tunggal. Tapi mesti la effort macam berlumba.

Macam biasa, aku parking kereta di lake sebab anak nak jogging kat situ. Race route 5K ni memang tak boleh buat di lake sebab weekend crowd luar biasa. So aku plan part of normal McDonald loop yang dulu-dulu biasa buat.

Aku warm up sungguh-sungguh untuk 1km area Avenue 1. Naik bukit sikit, patah balik ke arah lake dan terus ke Suasana. Aku guna Strava aje untuk monitor pace disebabkan dah takde jam GPS. Takpe, bagus jugak guna sepenuhnya phone ni.

Sebaik lalu depan kedai Kaklong, aku start race. Aku takde pilihan selain untuk kerabat bukit Suasana untuk kilometer pertama. Silap planning la ni tapi takpe aku belasah. By the time aku sampai Suadamai, aku ada peluang untuk up dan maintain pace ikut kemampuan threshold. Memang agak seksa tapi aku cuba jugak untuk kekal selama dan sejauh yang boleh. Lagi pun Hitogami membantu bagi semangat untuk terus berjuang.

By the time habis Suadamai, aku masih ada 1km lagi untuk pusing balik ke Lake. Again aku takde pilihan tapi untuk lalu bukit Avenue 4. Mengah. Takpe, aku ambilnya sebagai strenght training sekali. Bila dah menurun untuk kembali ke Avenue 1, jalan flat dan straight tu aku maintain seberapa laju yang boleh untuk last 500m. Ngam! Habis 5KM dan aku ada baki jarak lagi untuk jalan kaki dengan tenang dan selesa balik ke carpark.

Alhamdulillah. Puas hati. Setakat minggu ni punya pemulihan pace, aku syukur. Aku tak boleh gelojoh kononnya boleh kembali macam dulu-dulu berlari sedangkan faktor kekuatan segala organ mesti consider.

Training dua minggu untuk dapat pace ni :D

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.