Saturday, March 3, 2018

SOQ-SAA Time Trial Cycling 2018

Minggu lepas, 25 Februari kami SOQ anjur acara lumba basikal untuk tahun ketiga di kawasan kejiranan. Format time trial diteruskan tapi ada kategori baharu, time trial off-road dengan mountain bike untuk kategori remaja dan dewasa. Tahun ni juga kami dapat berkolaborasi dengan surau kesayangan kami, Surau Al-Ansar di bawah Biro Pemuda. Bagus la kira, depa nak program surau dan kami pun nak bantu surau. Cantik sangat dah tu.

Disebabkan ramai anak-anak yang semakin meningkat usia, dirasakan berlumba dengan BMX atas laluan konkrit sudah kurang mencabar, maka intro format baharu ni difikirkan paling sesuai.

Sambutan penyertaan agak di luar jangkaan terutama kategori remaja dan dewasa, maka acara mountain bike menjadi highlight of the day. 30 orang kanak-kanak dan 30 orang lagi remaja dan dewasa semuanya.

Yuran cuma RM10. Peserta dapat sehelai t-shirt event dan berpeluang memenangi hadiah perlumbaan serta cabutan bertuah, termasuklah hadiah grand lucky draw iaitu dua buah basikal fixie. Hadiah basikal ni pun kami SOQ collect sorang sikit untuk bagi ummph!

Kerja-kerja design and build race track dirancang terlebih dahulu dan dikemaskini dengan lebih detail semasa di site. SOQ macam biasa meringankan tulang dalam kempen ukhuwah kami sama-sama prepare race track ala-ala standard UCI. 






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.