Friday, March 2, 2018

Hitogami

Sambung lagi cerita LARI sementara ada idea & rajin menulis. Mungkin betul, bila kita ada struktur dalam hidup dan ada short and long goals, kita akan lebih occupied selanjutnya akan banyak idea untuk kita jot down pengalaman cerita.

OK back to where I flagged off. Masa aku start lari semula, aku takde pilihan kecuali sepasang Adizero yang dalam kiraan aku sudah berusia hampir 6 tahun! Itu pun beli di JPO masa pengakhiran era lari dulu. Ended up jarang pakai, tapak pun hampir lekang selain outsole yang dah mula peel off. Selain kosmetik, kasut tu dah tak function sebaiknya. Bagi mengelak injury, aku opted ke trail shoes pulak. Adidas Aqua dan Response Trail Boost. Tetapi kurang sesuai disebabkan pattern bunga tapak trail shoes ni dah memang grippy, maka surface larian di Lake Valley dengan simen broom finish menambahkan lagi grip. Lutut aku mula terasa hasil grip both surfaces.

Tiada pilihan lain, aku terpaksa mula shoes hunting. Memang aku suka tapi spending too much bukan pilihan. Bajet aku bawah RM200. Logik ke? Of course boleh kalau cari betul-betul. Back to the old days, aku memang suka retail therapy ni cuma nowadays jarang buat sebab kena jimat cermat. 

Right before CNY, aku redah sampai ke Mitsui dengan harapan bertemu jodoh. Mitsui dah ada beberapa outlets jenama kasut yang convincing, bermakna aku sampai ke tempat yang betul. 

Nike's offer memang terbaik cuma aku tak pernah consumed brand swoosh ni. Ada beberapa model yang aku interested especially Nike Free or Flex yang sangat flexible. Harga offer pun not bad. Aku simpan dalam kotak wish list sementara aku ke Adidas, Puma dan Brooks. 

Adidas boost memang aku idamkan tapi harga offer masih menjelekkan. Brooks ada offer RM150 tapi rejected pairs. Patut ke aku gamble dengan kualiti untuk harga?

Opposite Brooks ada outlet World of Sports. Sebelum ni takde. WOS memang ada di JPO tapi maybe baharu di Mitsui. WOS bawa brand Columbia dan Mizuno. Perhaps stop aku yang terakhir sebelum aku buat keputusan kasut mana nak beli.

Jodoh memang tak ke mana dan rezki tu dah tertulis. Aku terjumpa semula Mizuno Wave Hitogami 3 yang beberapa bulan dulu aku belek di WOS Subang Parade. Masa tu belum ada plan nak berlari dan harga offer tak serendah sekarang. Minimalis shoes with minimal price. RM145 aje!

Pastinya aku tak akan menyesal dengan Hitogami. Warna pun sinonim dengan CNY. Belasah. Sekurang-kurangnya dapat mengekalkan semangat berlari yang baru membara semula.

Image result for mizuno hitogami

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.