Thursday, March 8, 2018

Weekday Ramblings

Bismillah

Lately memang keadaan income aku agak kurang kukuh. Perancangan awal tahun untuk kurangkan kelas tuisyen mungkin sedikit sebanyak menjejaskan jugak income. Less class means less income. Printing jobs pun kurang, in fact setakat hari ni takde langsung. Perhaps aku kena buat sikit 'marketing' especially kepada existing dan potential clients. Bab tuisyen tu, aku pun dah kena reestablish advertisement untuk new intake especially English for sekolah menengah. Insyaa Allah.

Pagi tadi aku teruskan training.Semalam step back day tapi aku duk balun buat interval sebab cuaca sangat cantik dan kaki macam sedap. End up hari ni nak perabih 8km rasa seksa. Tapi takpe. Seksanya rasa di hujung-hujung larian. Maybe recovery belum cukup from interval semalam. Left lower calf pun rasa menyucuk sikit. 

Balik dari lari aku terima message dari Dollah. Lately dia banyak message aku bercerita pasal kesihatan dia yang agak teruji. Latest dia punya diabetes agak tinggi. Dollah ni sangat baik orangnya cuma lately dia nampak sangat risau dengan kesihatan. Aku cuma mampu dengar/baca dan doakan dia sambil bagi kata-kata penenang dan semangat. Aku pun ambil kesempatan untuk mintak dia doakan aku.

This weekend Insyaa Allah aku balik JB naik bas. Solo aje. Tujuannya untuk rejuvenate semangat sebagai usahawan. Kadang-kadang aku terfikir nak cari kerja makan gaji semula bila tengok pagi-pagi berduyun-duyun manusia keluar rumah memenuhkan jalan. On second thought, aku juga macam takut tak boleh istiqomah nak bekerja semula macam dulu, takut datang malas dia balik.

Takpe. Aku yakin ni semua Allah tegur aku untuk balik bertaubat kat Dia. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.