Saturday, April 28, 2018

Minang Trip - Day 3

😉 Sudah masuk hari ketiga dan kami akan meninggalkan kota Bukit Tinggi haluan ke kota Padang semula. Tapi perjalanan bukan langsung, kami membuat beberapa hentian ziarah sepanjang laluan. Pastinya aku masih ingat, laluan pulang ke Padang telah diambil laluan berbeza.

Seperti semalam, sarapan pagi ini masih disediakan. Menu nasi goreng. Hujan sejak subuh masih belum berhenti, malah masih lebat. Suhu sejuk pagi ni lebih ketara berbanding semalam tetapi masih kekal nyaman dan selesa. 

Beberapa destinasi telah direncanakan untuk perjalanan hari ini. Kami singgah di sebuah kedai sepeda terlebih dahulu atas permintaan FU. Nak beli tempat duduk basikal yang ada spring, katanya. Selang beberapa langkah, kami ziarah Rumah Kelahiran Bung Hatta. Pada mulanya aku agak keliru antara Bung Hatta dan Hamka. Nyata sekali kedua-duanya berbeza aliran. Bung Hatta adalah seorang tokoh politik yang membayangi Sukarno, presiden. Rumah ini sudah diubah menjadi sebuah muzium yang memaparkan koleksi gambar dan perabut asal penghuninya. Rumah kayu ini masih meninggalkan aura kedamaian hasil dari karakter penghuninya.

Image result for rumah kelahiran bung hatta

Antara artifek geologi yang pasti salah satu tarikan ke Nusantara ialah pembentukan rupa bumi yang unik. Aku terjumpa di Goolge tentang Ngarai Sianok dan Lobang Japang. Dua arkeologi yang terhasil dari alam semula jadi dan manusia. Kami ke sini untuk destinasi terakhir sebelum meninggalkan Bukit Tinggi.

Ngarai atau dalam bahasa biasa kita guna ialah 'canyon'. Tidak sebesar Grand Canyon tapi cukup istimewa dengan tebing curaman di kiri kanan lembah yang terpisah hasil gerakan tektonik. Bersebelahannya ialah Lobang Japang atau terowong Jepun yang dibina dan diguna sewaktu pencerobohan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua. Jumlah panjang terowong mencapai 1470 meter yang lengkap dengan ruang senjata, penjara, dormitari dan dapur serta lubang observasi. Pemandu kami menceritakan dengan sangat terperinci. Hampir membawa kami ke zaman kekejaman tentera Jepun yang biasa kita dengari.

Image result for ngarai sianok padang

Image result for lobang jepang

Perjalanan meninggalkan Kota Bukit Tinggi mengambil laluan yang lebih panorama. Kami singgah menjamu hidangan tengahari di salah sebuah rumah makan. Destinasi sepanjang jalan disinggahi di puncak tinjau Danau Meninjau. Tasik yang terbentuk dari kawah gunung berapi yang hampir saiz ukurannya dengan Tasik Singkarak. Mengingatkan aku pada Danau Segara di Gunung Rinjani.

Angin yang menderu di pinggir crater rim menyejuk nyamankan badan. Cukup untuk menenangkan fikiran sambil memuji keindahan ciptaan Allah.



Tiada lagi persinggahan hingga ke Kota Padang, lantas kami disajikan dengan filem Tenggelamnya Kapal Van Der Vijk terbitan yang terhasil dari karya novel Hamka yang sangat popular. Mula-mula aku acuh tak acuh melayannya kerana dikhabarkan cerita kisah cinta yang sangat sedih. Usai beberapa kali cubaan melelapkan mata gagal, aku hadapkan aje ceritanya yang semakin menarik tatkala mencapai kemuncaknya. Sangat unik.

Kami sampai di Kota Padang jam 6.00 petang dan terus pusing kota. Singgah di persisiran pantai Lautan Hindi dan terus ke medan ikan bakar untuk makan malam. Tiada yang istimewa dengan menunya, mungkin hidangan ikan bakar di Malaysia lebih enak. Kami check in di Hotel Alifa Syariah di Jalan Bandar Purus. Hotel biasa, cukup sekadar untuk melelapkan mata semalaman dengan harga patut.

Image result for hotel alifa syariah padang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.