Thursday, April 26, 2018

Minang Trip - Day 1

Seelok aje habis bertugas sementara di Decathlon, aku pun join trip family Kg Pandan ke Indonesia. Kali ni kami ke Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat. Sedikit sebanyak, info geografinya seperti berikut:
  • Negara: Indonesia
  • Pulau: Sumatera
  • Provinsi/Negeri: Sumatera Barat
  • Ibu kota/Ibu Negeri: Padang
  • Daerah/Kabupaten/Tanah Datar: Bukit Tinggi
Ye, begitulah nama atau istilah yang digunakan di Indonesia untuk sempadan geografi & pentadbirannya. Patut lah sejak dari dulu puas aku fikirkan apa maksud semua istilah tersebut masa aku duk tulis alamat bibik kat parcel yang ingin dikirimnya ke kampung. Pencerahan ini pun kami semua terima dari tour guide kami, Pa'unchu Aulia.

Kami bergerak dari KLIA2 pagi Ahad, 22/4/2018 dengan flight AA jam 7.50 a.m. Sekejap aje penerbangannya. Sejam dah sampai. Tapi realitinya, kami kena keluar rumah jam 4.00 pagi sebab nak check in 2 jam sebelum flight. Itu lebih lama dari penerbangan sendiri. Nampak tak masuk akal sikit semata-mata nak ikut requirement AA.

Waktu di Padang lewat satu jam dari KL. So, it seems macam aku going back in time. Ke belakang sikit. Tapi secara realistiknya, memang kehidupan di Kota Padang ni nampak a bit slower despite kesibukannya. International Airport Minangkabau lebih kurang airport Lombok. Tenang aje & saiz pun just nice untuk cater passengers.

Pa'unchu, Paman dan Acher menanti kami di pintu airport. All together kami 17 orang, so just nice untuk dimuatkan ke dalam sebuah coaster. Persekitaran airport serupa aje macam di Lombok, agak asing dan panas terik.

So basically, kami sampai Padang at 8.00 a.m. local time. Masih awal tapi aku rasa macam perlu diisinya perut ni sebab dah bangun seawal 3.00 pagi. Kami decide untuk early lunch. Pa'unchu bawa kami ke destinasi restoran nasi padang pertama, Rumah Makan Dilamun Ombak. Aku pernah came across kat travel blog sebelum ni pasal restoran ni. Memang famous dengan tourist. 

Kami pilih untuk makan 'bebas' instead of package. Kalau 'bebas' bermaksud, masing-masing amik nasik dan lauk sendiri macam kita makan nasik campur. Ini lebih jimat dan kita cuma perlu pilih lauk yang kita nak makan. Kalau package bermaksud, dihidangkan semua jenis lauk yang ada dalam piring-piring lauk. Kita makan mana yang nak aje. Yang tak dimakan, tak akan dikira. Tapi bagusnya pada aku amik skim bebas ialah, kita boleh amik lauk fresh dari tempat lauk instead of makan lauk yang sudah dihidang kepada customer lain dan kemudian tidak dimakan dan dikitar semula. Serupa macam makan benda display la. 

Destinasi kedua ialah ke Pusat Informasi Minangkabau yang terletak di luar Kota Padang. Memang keluar, menghala ke Bukit Tinggi. Jarak ke Bukit Tinggi dari airport lebih kurang 80km tapi masa yang diambil hampir separuh hari disebabkan beberapa hentian, keadaan kesibukan lalu lintas dan topografi laluan yang semuanya mendaki.

Jalan ke arah Bukit Tinggi serupa macam dari KK ke Kundasang cuma lebih sempit, atau dari Tapah ke Ringlet. Kelok-keloknya tak lah terlalu tajam tapi pendakiannya lebih curam. So speed bas memang agak merangkak sikit.

Sampai di Pusat Informasi, kami dipaparkan dengan sebuah rumah Minangkabau yang sangat besar. It was so huge. Gigantic. Macam sebuah kapal disebabkan arkitektur bumbungnya. Kagum aku tengok. Istilah diberi ialah Rumah Gadang yang bermaksud rumah besar. Sekarang dah dijadikan muzium. Perkarangan rumah ada beberapa bangunan serupa yang lebih kecil, dulunya digunakan sebagai bangsal menyimpan padi untuk penghuni.

Kami diberi sedikit cerita dan penerangan tentang sejarah Minangkabau dan sukunya serta fungsi rumahnya oleh seorang wanita Minang yang bertugas. Agak panjang lebar tapi disebabkan masih excited, kami dengar dengan tekun. Lepas tu ada pulak sesi bergambar dengan mereka yang berminat nak menyarungkan pakaian Minang. 

Selepas ni, kami terus ke Bukit Tinggi dengan beberapa pit stop kat kedai kain dan telekung. Maka, proses ganti tidur pun agak terbantut sebab banyak hentian. Tapi kaum bapak disajikan dengan kopi percuma setiap kali sampai kat kedai-kedai ni. 

On the way, kami stop makan kuih untuk minum petang di Koto Baru. Ye, nama sama macam kat Kelate. Kawasan ni bawah daerah Padang Panjang, sebelum sampai Bukit Tinggi. Makanan special kat sini ialah Kuih Neraka. Tu dia! Gempak weiii nama dia. Nama diberi sebab cara penyediaanya melibatkan api yang menjulang-julang di atas dapur atau periuk tanah. Rasanya ibarat syurga. Sama ada memang perut lapar atau pun memang kuihnya sedap. Kuih serupa macam apam, ada perisa pisang dan kelapa. Bila ada gabungan hangit dimasak, itu yang lebih sedap.

Kami sampai di Bamboosa Hotel, Bukit Tinggi dah hampir Maghrib. Kami stop kejap di masjid untuk jama' Zohor dan Asar dan kemudian ke pasaraya untuk beli makanan sikit untuk lepak kat hotel. Dinner kat Wong Samarang, Ayam Penyet tapi aku order ikan Gurame Goreng dengan nasik putih. First time aku cuba Gurame masa di Lombok. Memang sedap. Harga makan kat sini pun murah.

Malam kami cuma chill aje kat hotel sebab simpan tenaga untuk second day esok.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.