Sunday, April 29, 2018

Minang Trip - Final Day

Kami sampai ke hari terakhir di Negeri Minang dan Kota Padang juga sebagai pintu masuk dan keluarnya. Seawal pagi kami sudah keluar selepas bersarapan di hotel untuk merayau sekitar bandara. Grab menjadi mode pengangkutan. Kami singgah di pasar mirip kepada Pekan Rabu. Hasil kraftangan, pakaian seperti telekung, baju Batik dan kasut serta kuih muih biskut. Kami sampai awal maka kebanyakan kedai baru hendak dibuka. 

Kami melewati pasar dan berjalan kaki mencari beberapa butik pakaian sebagai lokasi terakhir membeli ole-ole. Aku bersama famili tidak menamatkan penerokaan kami di situ sahaja, malah kami telah mendapatkan Grab untuk singgah bergambar di hadapan Universitas Negeri Padang dan kemudiannya menyambung misi mencari t-shirt hipster. Hasil bantuan maklumat dari anak remaja seorang ibu mengusaha gerai makan tempat kami singgah minum, kami berjaya sampai di Tangkelek.

Image result for tangkelek

Seperti kedai-kedai butik t-shirt hipster yang lain pernah aku sampai, design t-shirt di sini semua cantik belaka. Memang banyak pilihan. Ada juga dijual tot-bag dan kusyen jenama Tangkelek. Menarik dan simple. 

Kami mendapatkan Grab lagi untuk pulang ke hotel sebelum mengemas beg yang bertambah untuk bergerak ke airport. Flight pada jam 4.25 petang waktu Indonesia, dan tiba di KLIA2 pada jam 6.25 petang waktu KL.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.