Aku ni memang suka bercerita, especially bila dah went through some perspectives from media or dari mata sendiri. Kadang-kadang geng mengeteh malam-malam akan jadi audience untuk mendengar cerita aku, dengan niat untuk berkongsi pandangan, pengetahuan moga dapat dimanfaatkan.
Sejak pulang dari Padang, aku mampu merumuskan bahawa kehidupan di sana agak berbeza dengan kita di sini. Rata-rata di daerah Bukit Tinggi masih lagi melewati kehidupan bercucuk tanam sebagai menampung hidup sama ada menjualkannya atau untuk konsumpsi sendiri. Masih dapat lihat petani membanting padi selepas dituai, kerbau membajak petak-petak sawah dan gerai-gerai buah ciku, avokado, papaya serta durian di sepanjang jalan. Pastinya mereka tidak akan berakhir dengan kebuluran kerana kemewahan sumber asli yang begitu banyak sekali.
Melewati Kota Padang, kehidupan lebih moden mirip bandar-bandar daerah di Malaysia. Kenderaan lebih sesak dan masyarakat makan gaji beruniform dilihat. Atau separuh dari mereka yang berdagang, dalam bahasanya. Kita di sini panggil berniaga atau usahawan.
Semalam aku tonton filem Blood Road yang mengisahkan dua atlit penunggang mountain bike wanita menelusuri laluan silam trail tentera komunis di Vietnam Utara, Selatan, Laos dan Kemboja. Misi mereka mencari tapak jet pejuang bapanya yang terhempas semasa perang Vietnam 1972.
Perjalanan mereka mengambil masa 10 hari meliputi hampir 1700 batu laluan jalan raya dan hutan belantara serta perkampungan. Topografi laluan masih memaparkan kesan peninggalan perang dari lubang-lubang letupan bom yang dihujani pesawat Amerika. Ibarat melihat kolam-kolam ikan atau lombong yang berteraburan.
Malaysia masih aman dan mewah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.