Selepas tamat syif pagi Sabtu, 21/4/2/2018 tempoh hari maka tamatlah jugak 7 days trial aku di Decathlon. Dari sini, majikan akan menilai potensi aku untuk rancangan diorang seterusnya. Hopefully akan berlaku sesuatu yang positif.
Selama 7 hari tu memang aku full time di MUST, singkatan untuk customer service. Nama penuh aku tak ingat. Semua syif pagi. Alhamdulillah. 8 jam berdiri dan berjalan dalam store. Kerja aku antaranya:
- Answer call sama ada dari customer yang bertanyakan stok atau tanya prosedur nak refund or exhange barang, atau pun dari store Sri Damansara yang bertanyakan stok di USJ.
- Check email untuk belian online, so aku kena ready kan barang tersebut untuk customer mai collect di USJ. Kalau takde stok, aku kena request kat Duty Manager untuk buat inter-store. Sebelum tu aku kena check dulu stok di Sri Damansara.
- Melayan walk-in customer yang nak buat exchange barang belian, maybe sebab salah saiz, tak berkenan, tukar warna dan jugak ada defect. So, aku kena lah guna mesin cashier jugak untuk buat transaction refund dan exchange price.
- Dapatkan advise dari floor staf ikut department kepakaran diorg tentang kemusykilan customer sama ada yang walk-in ataupun yang call.
Nampak simple aje kan tapi bila sampai waktu lunch, atau weekend maka keadaan akan jadi sangat sibuk. Queue cashier pun panjang, so kaunter aku akan jadi back-up. Maka, terjerit-jerit lah aku memanggil customer yang tengah queue untuk ke kaunter aku.
Kaki memang lenguh beb. Tak tau macam mana nak handle lenguh ni. Bila sampai rumah usai kerja, rasa nak gantung kaki & pasang kaki yang fresh. Tapi Alhamdulillah the next day hilang dah. Aku akan cuba kaji kenapa & solution. Perhaps kasut, seperti yang a few guys mentioned masa kami sembang pasal lenguh kaki. Maybe kasut lari yang kami pakai kurang sesuai. Maybe kena pakai flat shoes.
Lepas complete 7 hari tu, aku email pada Hanif untuk say thanks for the opportunities and experience. Aku ada beberapa plans sendiri. Aku request untuk masuk Department Kalenji which is department yang handle product lari seperti kasut dan apparel. Dengar ceritanya, department tu belum ada bossnya. Kot lah ada peluang jadi boss kat situ. Lagi pun aku rasa macam a bit demanding bertugas kat MUST. Aku suspek Hanif letak aku kat situ sepanjang 7 days trial ni sebab memang nak test skill aku. Situ lah position yang kira take or break. Tapi insyaa Allah aku handle setakat mampu.
Cross my fingers and wait until what Hanif and the team assess potential aku. Mudah-mudahan ada rezki untuk menampung komitmen keluarga. Insyaa Allah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.