Friday, April 27, 2018

Minang Trip - Day 2

Malam tadi tidur lena di Bamboosa. Cuaca nyaman sejuk mirip Cameron Highland, tak perlu disarungkan baju tebal atau sweater. Bilik pun takde kipas or aircon, cuma ventilation fan untuk sedut udara panas keluar dari bilik. Bijak idea tu. Bamboosa terletak dalam bandar Bukit Tinggi. Tersepit dalam kawasan populasi penduduk. Kalau nak ke pasar, masih boleh sampai jika berjalan kaki sekitar 300 meter.

Actually Bamboosa ni ialah sebuah rumah tamu or senang faham dipanggil Bamboosa Guest House. Ada sebuah rumah besar yang punyai 6 buah bilik siap dengan kamar mandi setiap satu. Dalam perkarangan yang sama juga terdiri beberapa bangunan bilik berkembar hingga ke atas bukit di belakang halaman. Halamannya penuh dengan tanaman bungaan yang subur kerana cuaca dan tanah. Dalam rumah utama, siap dengan ruang tamu, ruang makan dan kawasan dapur kering untuk bancuh minuman. Overall, aku bagi 5 bintang kerana walau kelengkapan tak sehebat hotel moden yang canggih tapi aku suka sebab suasana yang cosy dan cukup lengkap dengan keperluan asas yang bersih. Kami juga dihidangkan dengan nasi soto untuk sarapan pagi.

Lawatan diteruskan untuk hari kedua sebaik detik jam 8.00 pagi bila Pa'unchu dan crew sampai di Bamboosa. Destinasi utama kami ialah Istana Basa Pagaruyung dan Jam Gadang.

Laluan perjalanan keluar dari bandar Bukit Tinggi masih tetap sempit kerana kebanyakannya adalah mirip laluan kampung. Trafik juga mula berkurangan tetapi topografi berbukit bukau yang membentangkan panorama sawah padi huma hijau cukup untuk kesegeran mata. Aku cuba rakamkan di telefon tapi keadaan sebenar masih tidak tertanding dengan rakaman mata anugerah Ilahi.

Kami singgah hirup kopi Kiniko tapi entah di mana aku lost track. Terletak terceruk dalam kawasan kampung yang berbukit hijau sebagai latar belakang kedainya. Tenang-tenang aje dihirup kopi dalam tempurung kelapa tradisional pengganti cawan.

Istana Basa Pagaruyung juga adalah sebuah rumah gadang arkitektur Minangkabau cuma bahan binaanya sudah diganti dengan konkrit sebagai struktur utama. Istana telah dua kali musnah akibat kebakaran dan peperangan Belanda pada tahun 1804 dan 2007. Di sini adalah pusat pentadbiran kesultanan Minang yang utuh pada zaman dulu.

Semua sejarah telah dikongsikan oleh pegawai bertugas. Cukup lengkap maklumatnya, hampir aku terbawa kembali pada kehidupan zaman tu. Istana juga lengkap dengan kamar, singgahsana yang sederhana bukan macam istana raja, dapur, ruang siraman di laman belakang, surau dan bangunan simpanan padi.

On the way balik ke Bukit Tinggi, kami singgah di Tasik Singkarak. Luas tasiknya dan sangat panoramik. Panjang 20km dengan lebar 6km. Hampir keluasan lautan yang kecil. Sempat aku berpesta durian Bukit Tinggi yang lazat.

Kami tiba semula di Bukit Tinggi untuk berlegar di sekitar Jam Gadang sudah hampir malam. Hujan sepanjang perjalanan ke sini dan gerimis berlanjutan. Ramai antara kami berlegar di sekitar kawasan penjaja mirip uptown di Malaysia. Aku memburu butik baju hipster yang aku ternampak sewaktu bas pusing-pusing kota. Berbekalkan sense arah geografik, aku trace back laluan hingga ke Butik Kapuyuak yang menjual t-shirt cotton berkualiti dengan pelbagai design kata-kata Minang yang menarik. Aku sambar sehelai. Amir pun. 

Kami pulang ke Bamboosa agak letih tapi lapang fikiran hasil ziarah santai melihat budaya berbeza masyarakat lama Minang dan yang kini di bandar Bukit Tinggi. Sangat menarik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.