Monday, April 30, 2018

Miskin, Sederhana & Mewah

Aku ni memang suka bercerita, especially bila dah went through some perspectives from media or dari mata sendiri. Kadang-kadang geng mengeteh malam-malam akan jadi audience untuk mendengar cerita aku, dengan niat untuk berkongsi pandangan, pengetahuan moga dapat dimanfaatkan.

Sejak pulang dari Padang, aku mampu merumuskan bahawa kehidupan di sana agak berbeza dengan kita di sini. Rata-rata di daerah Bukit Tinggi masih lagi melewati kehidupan bercucuk tanam sebagai menampung hidup sama ada menjualkannya atau untuk konsumpsi sendiri. Masih dapat lihat petani membanting padi selepas dituai, kerbau membajak petak-petak sawah dan gerai-gerai buah ciku, avokado, papaya serta durian di sepanjang jalan. Pastinya mereka tidak akan berakhir dengan kebuluran kerana kemewahan sumber asli yang begitu banyak sekali. 

Melewati Kota Padang, kehidupan lebih moden mirip bandar-bandar daerah di Malaysia. Kenderaan lebih sesak dan masyarakat makan gaji beruniform dilihat. Atau separuh dari mereka yang berdagang, dalam bahasanya. Kita di sini panggil berniaga atau usahawan. 

Semalam aku tonton filem Blood Road yang mengisahkan dua atlit penunggang mountain bike wanita menelusuri laluan silam trail tentera komunis di Vietnam Utara, Selatan, Laos dan Kemboja. Misi mereka mencari tapak jet pejuang bapanya yang terhempas semasa perang Vietnam 1972.

Perjalanan mereka mengambil masa 10 hari meliputi hampir 1700 batu laluan jalan raya dan hutan belantara serta perkampungan. Topografi laluan masih memaparkan kesan peninggalan perang dari lubang-lubang letupan bom yang dihujani pesawat Amerika. Ibarat melihat kolam-kolam ikan atau lombong yang berteraburan.

Malaysia masih aman dan mewah.

Sunday, April 29, 2018

Minang Trip - Final Day

Kami sampai ke hari terakhir di Negeri Minang dan Kota Padang juga sebagai pintu masuk dan keluarnya. Seawal pagi kami sudah keluar selepas bersarapan di hotel untuk merayau sekitar bandara. Grab menjadi mode pengangkutan. Kami singgah di pasar mirip kepada Pekan Rabu. Hasil kraftangan, pakaian seperti telekung, baju Batik dan kasut serta kuih muih biskut. Kami sampai awal maka kebanyakan kedai baru hendak dibuka. 

Kami melewati pasar dan berjalan kaki mencari beberapa butik pakaian sebagai lokasi terakhir membeli ole-ole. Aku bersama famili tidak menamatkan penerokaan kami di situ sahaja, malah kami telah mendapatkan Grab untuk singgah bergambar di hadapan Universitas Negeri Padang dan kemudiannya menyambung misi mencari t-shirt hipster. Hasil bantuan maklumat dari anak remaja seorang ibu mengusaha gerai makan tempat kami singgah minum, kami berjaya sampai di Tangkelek.

Image result for tangkelek

Seperti kedai-kedai butik t-shirt hipster yang lain pernah aku sampai, design t-shirt di sini semua cantik belaka. Memang banyak pilihan. Ada juga dijual tot-bag dan kusyen jenama Tangkelek. Menarik dan simple. 

Kami mendapatkan Grab lagi untuk pulang ke hotel sebelum mengemas beg yang bertambah untuk bergerak ke airport. Flight pada jam 4.25 petang waktu Indonesia, dan tiba di KLIA2 pada jam 6.25 petang waktu KL.

Saturday, April 28, 2018

Minang Trip - Day 3

😉 Sudah masuk hari ketiga dan kami akan meninggalkan kota Bukit Tinggi haluan ke kota Padang semula. Tapi perjalanan bukan langsung, kami membuat beberapa hentian ziarah sepanjang laluan. Pastinya aku masih ingat, laluan pulang ke Padang telah diambil laluan berbeza.

Seperti semalam, sarapan pagi ini masih disediakan. Menu nasi goreng. Hujan sejak subuh masih belum berhenti, malah masih lebat. Suhu sejuk pagi ni lebih ketara berbanding semalam tetapi masih kekal nyaman dan selesa. 

Beberapa destinasi telah direncanakan untuk perjalanan hari ini. Kami singgah di sebuah kedai sepeda terlebih dahulu atas permintaan FU. Nak beli tempat duduk basikal yang ada spring, katanya. Selang beberapa langkah, kami ziarah Rumah Kelahiran Bung Hatta. Pada mulanya aku agak keliru antara Bung Hatta dan Hamka. Nyata sekali kedua-duanya berbeza aliran. Bung Hatta adalah seorang tokoh politik yang membayangi Sukarno, presiden. Rumah ini sudah diubah menjadi sebuah muzium yang memaparkan koleksi gambar dan perabut asal penghuninya. Rumah kayu ini masih meninggalkan aura kedamaian hasil dari karakter penghuninya.

Image result for rumah kelahiran bung hatta

Antara artifek geologi yang pasti salah satu tarikan ke Nusantara ialah pembentukan rupa bumi yang unik. Aku terjumpa di Goolge tentang Ngarai Sianok dan Lobang Japang. Dua arkeologi yang terhasil dari alam semula jadi dan manusia. Kami ke sini untuk destinasi terakhir sebelum meninggalkan Bukit Tinggi.

Ngarai atau dalam bahasa biasa kita guna ialah 'canyon'. Tidak sebesar Grand Canyon tapi cukup istimewa dengan tebing curaman di kiri kanan lembah yang terpisah hasil gerakan tektonik. Bersebelahannya ialah Lobang Japang atau terowong Jepun yang dibina dan diguna sewaktu pencerobohan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua. Jumlah panjang terowong mencapai 1470 meter yang lengkap dengan ruang senjata, penjara, dormitari dan dapur serta lubang observasi. Pemandu kami menceritakan dengan sangat terperinci. Hampir membawa kami ke zaman kekejaman tentera Jepun yang biasa kita dengari.

Image result for ngarai sianok padang

Image result for lobang jepang

Perjalanan meninggalkan Kota Bukit Tinggi mengambil laluan yang lebih panorama. Kami singgah menjamu hidangan tengahari di salah sebuah rumah makan. Destinasi sepanjang jalan disinggahi di puncak tinjau Danau Meninjau. Tasik yang terbentuk dari kawah gunung berapi yang hampir saiz ukurannya dengan Tasik Singkarak. Mengingatkan aku pada Danau Segara di Gunung Rinjani.

Angin yang menderu di pinggir crater rim menyejuk nyamankan badan. Cukup untuk menenangkan fikiran sambil memuji keindahan ciptaan Allah.



Tiada lagi persinggahan hingga ke Kota Padang, lantas kami disajikan dengan filem Tenggelamnya Kapal Van Der Vijk terbitan yang terhasil dari karya novel Hamka yang sangat popular. Mula-mula aku acuh tak acuh melayannya kerana dikhabarkan cerita kisah cinta yang sangat sedih. Usai beberapa kali cubaan melelapkan mata gagal, aku hadapkan aje ceritanya yang semakin menarik tatkala mencapai kemuncaknya. Sangat unik.

Kami sampai di Kota Padang jam 6.00 petang dan terus pusing kota. Singgah di persisiran pantai Lautan Hindi dan terus ke medan ikan bakar untuk makan malam. Tiada yang istimewa dengan menunya, mungkin hidangan ikan bakar di Malaysia lebih enak. Kami check in di Hotel Alifa Syariah di Jalan Bandar Purus. Hotel biasa, cukup sekadar untuk melelapkan mata semalaman dengan harga patut.

Image result for hotel alifa syariah padang

Friday, April 27, 2018

Hipster Minang

Satu perkara yang paling aku tertarik dengan budaya Minang ni ialah kata-kata hikmah dia. Memang bunyi sedap dan penuh makna. Mereka memang terkenal dengan ciri kelembutan. Pa'unchu kata, cara orang Minang menyapa bunyinya agak kasar tapi sebenarnya maksudnya biasa. Berbanding dengan orang Bandung, jika ditegur bunyinya lembut tapi makan dalam. Maka, keluarlah pepatah Pa'unchu "Biar disapa orang Minang daripada dimarahi orang Bandung."

Pengalaman aku ketika menziarah Lombok, aku sudah tertarik dengan produk t-shirt di Indonesia. Aku memang peminat t-shirt, lebih-lebih lagi jika bermotif atau bertemakan sesuatu aku minat. Maka, di Lombok aku terjumpa Lombok Exotic, sebuah butik pakaian yang menjual t-shirt bertemakan Gunung Rinjani dan surfing di Gili Terawangan. Design memang cantik-cantik. Harga dan kualiti kain cotton memang terbaik i.e. RM30-40 sahaja. 

Aku kembali ke tanah datar kepulauan Nusantara membawa misi yang sama. Aku pasti di serata tempat ini akan ada produk-produk seperti di Lombok. Malah, aku pernah dengar cerita, peminat di Malaysia ada yang mengimport produk baju dari sini untuk dipasarkan. Perniagaan yang dikira lumayan.

Aku wonder jugak kenapa di Malaysia takde pengusaha yang menawarkan jenama t-shirt alternatif sebegini. Adakah sebab bekalan material yang sukar atau mahal? Mungkin juga, terutama sekali bila saluran bekalan dimonopoli oleh kaum cina. Ye. Mungkin itu salah satu sebab. Berbanding dengan di Indonesia, hampir semua industri masih diusahakan oleh kaum tempatan. Banyak dihasilkan lokal. Maka, permainan harga tidak berlaku.

Aku bercita-cita untuk membuka sebuah butik yang menjual t-shirt macam ni. Jenama sendiri yang mungkin #diketkejauh. Ye. Aku perhatikan jenama mereka tiada yang menghiraukan sangat perkataannya. Yang penting ialah idea-idea design. Amacam?

Minang Trip - Day 2

Malam tadi tidur lena di Bamboosa. Cuaca nyaman sejuk mirip Cameron Highland, tak perlu disarungkan baju tebal atau sweater. Bilik pun takde kipas or aircon, cuma ventilation fan untuk sedut udara panas keluar dari bilik. Bijak idea tu. Bamboosa terletak dalam bandar Bukit Tinggi. Tersepit dalam kawasan populasi penduduk. Kalau nak ke pasar, masih boleh sampai jika berjalan kaki sekitar 300 meter.

Actually Bamboosa ni ialah sebuah rumah tamu or senang faham dipanggil Bamboosa Guest House. Ada sebuah rumah besar yang punyai 6 buah bilik siap dengan kamar mandi setiap satu. Dalam perkarangan yang sama juga terdiri beberapa bangunan bilik berkembar hingga ke atas bukit di belakang halaman. Halamannya penuh dengan tanaman bungaan yang subur kerana cuaca dan tanah. Dalam rumah utama, siap dengan ruang tamu, ruang makan dan kawasan dapur kering untuk bancuh minuman. Overall, aku bagi 5 bintang kerana walau kelengkapan tak sehebat hotel moden yang canggih tapi aku suka sebab suasana yang cosy dan cukup lengkap dengan keperluan asas yang bersih. Kami juga dihidangkan dengan nasi soto untuk sarapan pagi.

Lawatan diteruskan untuk hari kedua sebaik detik jam 8.00 pagi bila Pa'unchu dan crew sampai di Bamboosa. Destinasi utama kami ialah Istana Basa Pagaruyung dan Jam Gadang.

Laluan perjalanan keluar dari bandar Bukit Tinggi masih tetap sempit kerana kebanyakannya adalah mirip laluan kampung. Trafik juga mula berkurangan tetapi topografi berbukit bukau yang membentangkan panorama sawah padi huma hijau cukup untuk kesegeran mata. Aku cuba rakamkan di telefon tapi keadaan sebenar masih tidak tertanding dengan rakaman mata anugerah Ilahi.

Kami singgah hirup kopi Kiniko tapi entah di mana aku lost track. Terletak terceruk dalam kawasan kampung yang berbukit hijau sebagai latar belakang kedainya. Tenang-tenang aje dihirup kopi dalam tempurung kelapa tradisional pengganti cawan.

Istana Basa Pagaruyung juga adalah sebuah rumah gadang arkitektur Minangkabau cuma bahan binaanya sudah diganti dengan konkrit sebagai struktur utama. Istana telah dua kali musnah akibat kebakaran dan peperangan Belanda pada tahun 1804 dan 2007. Di sini adalah pusat pentadbiran kesultanan Minang yang utuh pada zaman dulu.

Semua sejarah telah dikongsikan oleh pegawai bertugas. Cukup lengkap maklumatnya, hampir aku terbawa kembali pada kehidupan zaman tu. Istana juga lengkap dengan kamar, singgahsana yang sederhana bukan macam istana raja, dapur, ruang siraman di laman belakang, surau dan bangunan simpanan padi.

On the way balik ke Bukit Tinggi, kami singgah di Tasik Singkarak. Luas tasiknya dan sangat panoramik. Panjang 20km dengan lebar 6km. Hampir keluasan lautan yang kecil. Sempat aku berpesta durian Bukit Tinggi yang lazat.

Kami tiba semula di Bukit Tinggi untuk berlegar di sekitar Jam Gadang sudah hampir malam. Hujan sepanjang perjalanan ke sini dan gerimis berlanjutan. Ramai antara kami berlegar di sekitar kawasan penjaja mirip uptown di Malaysia. Aku memburu butik baju hipster yang aku ternampak sewaktu bas pusing-pusing kota. Berbekalkan sense arah geografik, aku trace back laluan hingga ke Butik Kapuyuak yang menjual t-shirt cotton berkualiti dengan pelbagai design kata-kata Minang yang menarik. Aku sambar sehelai. Amir pun. 

Kami pulang ke Bamboosa agak letih tapi lapang fikiran hasil ziarah santai melihat budaya berbeza masyarakat lama Minang dan yang kini di bandar Bukit Tinggi. Sangat menarik.

Thursday, April 26, 2018

Minang Trip - Day 1

Seelok aje habis bertugas sementara di Decathlon, aku pun join trip family Kg Pandan ke Indonesia. Kali ni kami ke Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat. Sedikit sebanyak, info geografinya seperti berikut:
  • Negara: Indonesia
  • Pulau: Sumatera
  • Provinsi/Negeri: Sumatera Barat
  • Ibu kota/Ibu Negeri: Padang
  • Daerah/Kabupaten/Tanah Datar: Bukit Tinggi
Ye, begitulah nama atau istilah yang digunakan di Indonesia untuk sempadan geografi & pentadbirannya. Patut lah sejak dari dulu puas aku fikirkan apa maksud semua istilah tersebut masa aku duk tulis alamat bibik kat parcel yang ingin dikirimnya ke kampung. Pencerahan ini pun kami semua terima dari tour guide kami, Pa'unchu Aulia.

Kami bergerak dari KLIA2 pagi Ahad, 22/4/2018 dengan flight AA jam 7.50 a.m. Sekejap aje penerbangannya. Sejam dah sampai. Tapi realitinya, kami kena keluar rumah jam 4.00 pagi sebab nak check in 2 jam sebelum flight. Itu lebih lama dari penerbangan sendiri. Nampak tak masuk akal sikit semata-mata nak ikut requirement AA.

Waktu di Padang lewat satu jam dari KL. So, it seems macam aku going back in time. Ke belakang sikit. Tapi secara realistiknya, memang kehidupan di Kota Padang ni nampak a bit slower despite kesibukannya. International Airport Minangkabau lebih kurang airport Lombok. Tenang aje & saiz pun just nice untuk cater passengers.

Pa'unchu, Paman dan Acher menanti kami di pintu airport. All together kami 17 orang, so just nice untuk dimuatkan ke dalam sebuah coaster. Persekitaran airport serupa aje macam di Lombok, agak asing dan panas terik.

So basically, kami sampai Padang at 8.00 a.m. local time. Masih awal tapi aku rasa macam perlu diisinya perut ni sebab dah bangun seawal 3.00 pagi. Kami decide untuk early lunch. Pa'unchu bawa kami ke destinasi restoran nasi padang pertama, Rumah Makan Dilamun Ombak. Aku pernah came across kat travel blog sebelum ni pasal restoran ni. Memang famous dengan tourist. 

Kami pilih untuk makan 'bebas' instead of package. Kalau 'bebas' bermaksud, masing-masing amik nasik dan lauk sendiri macam kita makan nasik campur. Ini lebih jimat dan kita cuma perlu pilih lauk yang kita nak makan. Kalau package bermaksud, dihidangkan semua jenis lauk yang ada dalam piring-piring lauk. Kita makan mana yang nak aje. Yang tak dimakan, tak akan dikira. Tapi bagusnya pada aku amik skim bebas ialah, kita boleh amik lauk fresh dari tempat lauk instead of makan lauk yang sudah dihidang kepada customer lain dan kemudian tidak dimakan dan dikitar semula. Serupa macam makan benda display la. 

Destinasi kedua ialah ke Pusat Informasi Minangkabau yang terletak di luar Kota Padang. Memang keluar, menghala ke Bukit Tinggi. Jarak ke Bukit Tinggi dari airport lebih kurang 80km tapi masa yang diambil hampir separuh hari disebabkan beberapa hentian, keadaan kesibukan lalu lintas dan topografi laluan yang semuanya mendaki.

Jalan ke arah Bukit Tinggi serupa macam dari KK ke Kundasang cuma lebih sempit, atau dari Tapah ke Ringlet. Kelok-keloknya tak lah terlalu tajam tapi pendakiannya lebih curam. So speed bas memang agak merangkak sikit.

Sampai di Pusat Informasi, kami dipaparkan dengan sebuah rumah Minangkabau yang sangat besar. It was so huge. Gigantic. Macam sebuah kapal disebabkan arkitektur bumbungnya. Kagum aku tengok. Istilah diberi ialah Rumah Gadang yang bermaksud rumah besar. Sekarang dah dijadikan muzium. Perkarangan rumah ada beberapa bangunan serupa yang lebih kecil, dulunya digunakan sebagai bangsal menyimpan padi untuk penghuni.

Kami diberi sedikit cerita dan penerangan tentang sejarah Minangkabau dan sukunya serta fungsi rumahnya oleh seorang wanita Minang yang bertugas. Agak panjang lebar tapi disebabkan masih excited, kami dengar dengan tekun. Lepas tu ada pulak sesi bergambar dengan mereka yang berminat nak menyarungkan pakaian Minang. 

Selepas ni, kami terus ke Bukit Tinggi dengan beberapa pit stop kat kedai kain dan telekung. Maka, proses ganti tidur pun agak terbantut sebab banyak hentian. Tapi kaum bapak disajikan dengan kopi percuma setiap kali sampai kat kedai-kedai ni. 

On the way, kami stop makan kuih untuk minum petang di Koto Baru. Ye, nama sama macam kat Kelate. Kawasan ni bawah daerah Padang Panjang, sebelum sampai Bukit Tinggi. Makanan special kat sini ialah Kuih Neraka. Tu dia! Gempak weiii nama dia. Nama diberi sebab cara penyediaanya melibatkan api yang menjulang-julang di atas dapur atau periuk tanah. Rasanya ibarat syurga. Sama ada memang perut lapar atau pun memang kuihnya sedap. Kuih serupa macam apam, ada perisa pisang dan kelapa. Bila ada gabungan hangit dimasak, itu yang lebih sedap.

Kami sampai di Bamboosa Hotel, Bukit Tinggi dah hampir Maghrib. Kami stop kejap di masjid untuk jama' Zohor dan Asar dan kemudian ke pasaraya untuk beli makanan sikit untuk lepak kat hotel. Dinner kat Wong Samarang, Ayam Penyet tapi aku order ikan Gurame Goreng dengan nasik putih. First time aku cuba Gurame masa di Lombok. Memang sedap. Harga makan kat sini pun murah.

Malam kami cuma chill aje kat hotel sebab simpan tenaga untuk second day esok.

Complete 7 Days Trial

Selepas tamat syif pagi Sabtu, 21/4/2/2018 tempoh hari maka tamatlah jugak 7 days trial aku di Decathlon. Dari sini, majikan akan menilai potensi aku untuk rancangan diorang seterusnya. Hopefully akan berlaku sesuatu yang positif.

Selama 7 hari tu memang aku full time di MUST, singkatan untuk customer service. Nama penuh aku tak ingat. Semua syif pagi. Alhamdulillah. 8 jam berdiri dan berjalan dalam store. Kerja aku antaranya:
  • Answer call sama ada dari customer yang bertanyakan stok atau tanya prosedur nak refund or exhange barang, atau pun dari store Sri Damansara yang bertanyakan stok di USJ.
  • Check email untuk belian online, so aku kena ready kan barang tersebut untuk customer mai collect di USJ. Kalau takde stok, aku kena request kat Duty Manager untuk buat inter-store. Sebelum tu aku kena check dulu stok di Sri Damansara.
  • Melayan walk-in customer yang nak buat exchange barang belian, maybe sebab salah saiz, tak berkenan, tukar warna dan jugak ada defect. So, aku kena lah guna mesin cashier jugak untuk buat transaction refund dan exchange price.
  • Dapatkan advise dari floor staf ikut department kepakaran diorg tentang kemusykilan customer sama ada yang walk-in ataupun yang call.
Nampak simple aje kan tapi bila sampai waktu lunch, atau weekend maka keadaan akan jadi sangat sibuk. Queue cashier pun panjang, so kaunter aku akan jadi back-up. Maka, terjerit-jerit lah aku memanggil customer yang tengah queue untuk ke kaunter aku.

Kaki memang lenguh beb. Tak tau macam mana nak handle lenguh ni. Bila sampai rumah usai kerja, rasa nak gantung kaki & pasang kaki yang fresh. Tapi Alhamdulillah the next day hilang dah. Aku akan cuba kaji kenapa & solution. Perhaps kasut, seperti yang a few guys mentioned masa kami sembang pasal lenguh kaki. Maybe kasut lari yang kami pakai kurang sesuai. Maybe kena pakai flat shoes.

Lepas complete 7 hari tu, aku email pada Hanif untuk say thanks for the opportunities and experience. Aku ada beberapa plans sendiri. Aku request untuk masuk Department Kalenji which is department yang handle product lari seperti kasut dan apparel. Dengar ceritanya, department tu belum ada bossnya. Kot lah ada peluang jadi boss kat situ. Lagi pun aku rasa macam a bit demanding bertugas kat MUST. Aku suspek Hanif letak aku kat situ sepanjang 7 days trial ni sebab memang nak test skill aku. Situ lah position yang kira take or break. Tapi insyaa Allah aku handle setakat mampu.

Cross my fingers and wait until what Hanif and the team assess potential aku. Mudah-mudahan ada rezki untuk menampung komitmen keluarga. Insyaa Allah.

Monday, April 16, 2018

3rd Day

Aku dah pi keje Khamis 4 jam duk kat watersports department. Ahad aku duk kat cycling departmenr jap, buat MyDex jap & MUST kejap. MyDEx tu receiving stocks kat belakang. Turunkan dari lori, segregate masuk dalam bakul ikut department & hantar ke relevant department. MUST pulak berkaitan dengan customer service. Aku duk situ kejap aje dalam sejam sebab dah nak balik.

So hari ketiga, which is hari ni, aku memang duk kat MUST dari pagi sampai petang. Aku gerak dari rumah kul 8 & sampai USJ 8.35 lalu Bukit Jalil. Trafik sesak kat certain sections aje. Sampai awal, aku lepak mamat sat pekena teh tarik.

Terjumpa salah sorang manager yang actually aku kena report to. Aku tanya if boleh duk semeja. Dia kata OK. Tapi dari awal aku duduk sampai ke sudah dia belek phone aje. Dia blah pun sikit tak cakap apa. Pelik gak aku dengan social skill orang ni kan?? At least kalau dia Melayu, basic adab mesti parents or cikgu ajar. Lost aku...

Morning to noon aku macam sangap sikit sebab customer kurang. Aku kena train jadi cashier sekali. Mula-mula tu memang kantoi aje silap sebab customer jarang-jarang so lupa la apa butang nak tekan. Hmmm...aku rest dari 2-3pm. Solat & lunch kat mamak pagi tadi. Nasi goreng portion besar & rasa not bad.

Sebaik masuk semula, aku sambung kat MUST. Kali ni dah rasa busy sikit sebab ada bro Musa yang train. Macam-macam dia train. Dari mula sediakan barang from Click & Collect, layan inquiry from Messengers, layan customer buat refund & exchange. Aku handle cashier pun dah smooth sikit baik by cash & card.

By 6pm pun aku masih handle customer. Cashier pulak macam tak cukup orang. So aku tangguhkan sikit lagi time aku balik. 6.20 baru aku keluar, solat & balik. Sampai rumah 7.10 dalam lencun. Lalu KESAS.

Untuk hari ketiga kaki lenguh jugak sebab banyak berdiri. Honestly, memang letih beb. Hopefully, aku boleh adapt dengan routine kerja macam ni secepat mungkin. Esok off day. Yahoo!

Friday, April 13, 2018

Trial at Decathlon

OK semalam aku mula trial. Basically the process will be 7 days trial assessment. Kalau OK sambung dengan 3 months probation. Kalau OK baru absorb ke permanent, promotion etc.

Bila sembang dengan store leader, Hanif macam-macam dia citer. Aku pun tak dapat nak rakam & recall semua benda yang ambitious. Macam-macam dia nak buat dengan aku nih. Macam lah hebat sangat aku nih. Dia consider background aku engineering, so dia nak aku assist tengok-tengokkan bahagian infra & teknikal store seperti requirement bomba dll. Lepas tu, dia nak jugak aku look into the operation & at the same time guide younger staff with their soft skill. 

Anyway, aku kena complete 20 jam within these 7 days dulu. Maybe 4 jam sehari pun dah OK since last week April ada family trip.

Hanif pass aku kat Shukur, duty manager this week. Shukur jaga watersports. So dia pass aku kat Fadly. Fadly explain kat aku pasal retailing stuff. Ada yang aku soal & ada yang dia tunjuk tentang susunan barang kat gondola. Basically it's about display in how to sell the items more & fast. Kena tau macam mana nak attract customer, macam mana nak bagi customer pi pusing whole store & grab benda-benda lain, mana mana nak susun supaya customer senang grab the whole package. Contohnya, bila susun items swimming, kena la susun apparel + goggle + towel. Ini 3 benda asas yang sure orang nak mula swimming akan amik the whole package. Dah dapat sales untuk 3 items sekaligus instead of customer kena pusing cari satu-satu.

Suddenly sampai berkotak-kotak stok barang watersports & target sport. Baju swim, goggle snorkelling, aqua shoes, bows & arrows, towels dll. Mai sorang lagi assist from the target sport, nama dia Nas. Kami keluarkan semua benda dari kotak & segregate masuk dalam bakul ikut kawasan susunan. Aku pi susun aqua shoes, banyak gila. Takpe. Aku kental. Mujur ada sikit sifat OCD.

Dah habis susun kasut, Fadly suruh aku susun towel pulak. Complete aje, aku bagitau Nas & Fadly aku dah complete 4 hours today & balik. Diorg OK. Nas was a master student from UPM in sains sukan. Pernah keje dgn Petronas di Terengganu, jaga sports facilities tapi nak balik KL sebab family kat sini. Fadly graduate UiTM dalam degree retailing. Both of them from archery background. They both coach people on weekends. Interesting kan?

Bila dah 4 jam berdiri, kaki aku lenguh gila tapi it was a good & interesting experience. Among other stuff yang aku berkenalan was Mawar (nickname mamat ni yang datang jumpa aku from cashier side; dia jaga department running) dan Azam from same department yang tinggal di Seri Kembangan.

Aku akan datang balik Ahad kul 2pm untuk jaga bahagian customer service. Hanif suruh. Maybe dia nak test aku punya interaction skill. Bismillah.




Thursday, April 12, 2018

Kebaikan Mengundang

Bismillah

Pagi semalam celik aje mata aku terima email gembira. Decathlon panggil aku untuk sesi temuduga hasil daripada sesi meet & greet hari tu. Dan juga maybe jugak influenced dari contact MLang dengan MD. Maybe. Should be lah.

Hari ni at 2pm. 

This was the first email from them:

Hi Shakir,

Would you be interested to hv 1 to 1 meet up tomorrow afternoon.

This is not an interview session but more to on getting to know you and your sportive background/profile

If you are available, you may confirm your availability for tomorrow noon around 5ish via my personal email.

Regards

Then came the next one like this:

Dear Shakir,

Thanks for the time spent with 2 of my Sport Leader Coach.

I received couples of highlight bout you and I guess I'm good to give you a try with your passionate sport (s)

May you drop by this Thursday at 2pm at usj store? We can discuss on your opportunity and if you are good to start on the same day, I'm good with it.

Thanks

Maka berbagai dilema mula menghantui aku. Yeah, I really the money. I have no choice to free from the debts. It's haunting. Ramai yang dengar citer Decathlon ni kata it is good since aku memang minat benda-benda ni semua. True. Insyaa Allah aku berdoa moga minat & kerja dapat menghasilkan sesuatu yang luar biasa dari aku. 

Sementara tu, ada incoming last minute urgent jobs i.e. design artworks from WA untuk pas, KS3 untuk plate sekuriti, proofreading job & sambil aku bantu amend name card job untuk Taufik. Alhamdulillah.

Wednesday, April 11, 2018

Mudahnya Menjemput Rezki

Dulu pernah popular buku pasal mudah jemput rezki. Semua amalan & tips dalam buku tu senang aje nak implement untuk dapat pahala & rezki. Tapi problem dengan kita ialah istiqomah. Part yang tu memang payah je orang kita nak komit maintain. 

A few months back memang aku mengalami situasi kewaangan yang agak kritikal. Job printing kurang. Yang sombongnya aku, bulan Januari aku tolak job proofreading. Allah marah kat aku sebab tolak rezki. Akibatnya aku suffer sampai 2-3 bulan. Amik ko. Aku banyak termenung. Serabut. Even worse was, aku tak maintain amalan. Solat lewat. Ponteng jemaah kat surau. Tuang mengaji. Astaghfirullah.

Aku balik JB kejap untuk rejuvenate dengan projek tuisyen. Ada la rasa semangat sikit tapi tak total. Masih rasa kekurangan. Masa aku balik JB birthday mak, seriously aku mintak mak doakan keberkatan hidup. Pastinya, itu yang tiada dalam life ni. Doa mak.

Lepas daripada tu, aku nampak miracle. Subhanallah. Hidup & akal lebih tenang untuk fikir proses menambah income. In fact income/rezki mula datang sebaik aku mula kembali beramal ibadah berjemaah especially subuh & isya'.

Hari ni was a big day sebab aku bangun tido dapat email from Decathlon untuk attend interview/discuss dengan Store Leader hari Khamis nanti. Insyaa Allah andai ada rezki, aku nekad akan kembali bekerja makan gaji untuk tampung tanggungan.

Nampaknya selama 3 tahun aku kerja sendiri, masih belum kukuh untuk berdiri atas kaki sendiri selagi masih ada hutang yang perlu diselesaikan & tanggungan yang memerlukan.

Bismillah

Tuesday, April 10, 2018

10th SCKLM 2018

Semangat betui. Tahun ke-10 SCKLM dianjurkan. Memang hebat. Aku sign up entah berapa tahun aje. Boleh check previous results.


Kali ni aku berani komit Half Marathon aje. Bab training komitmen tu yang agak mencabar especially untuk Marathon. So, aku komit yang termampu dulu buat masa ni.

Seawal 4.00 pagi aku dah gerak dari rumah naik motor. Sepol nak tumpang sebab dia nak ada geng baru meriah. OK aku setuju untuk amik dia. Petang semalam aku pi tukaq brek lining belakang, lebih yakin nak bawak penumpang masuk KL since lately brek lining tu dah semakin teruk hausnya.

Cuaca nyaman. Perut lapar sikit. Singgah beli Tweegies kat 7E bawah rumah Sepol. Sampai Dataran Merdeka kul 4.45, parking motor kat tempat biasa depan gereja. Walaupun jalan dah tutup tapi angkat tangan je dengan abam trafik. Motor insyaa Allah tak ganggu. 

Tapi dataran tengah renovate. Hoarding kat area fountain. Rumput kat padang pun terbiar. Tak kemas. Kami terus masuk Pen 4 ikut timing estimation kami boleh habiskan masa register online. Pen 4 pun dah kat tengah. Belakang tu ada Pen 5 dan entah sampai Pen nombor berapa. Terdengar deejay cakap total Half Marathon runners pagi tu ada 11,000 orang!!! 

Sharp 5.30 flag-off. Lambat je nak sampai gantry untuk start timing chip sebab ramai sangat. Rasanya ada dalam 3-4 minit. Aku rasa nak terkucil pulak dari tadi. Air mineral tak buang sebab standby kot tak jumpa toilet or toilet takde air. Mujur nampak organiser susun mobile toilet banyak sebelum simpang Jalan Tun Perak. Lega. Dan nasib baik masih simpan air mineral sebab betul takde air.

Kami berlari menghala ke Maju Junction. Mat Rizal sekali sekala remind kami pace 5.00 ni macam laju. Sungguh aku tak rasa macam pace 5.00. Rasa macam rileks. Maybe sebab kita terikut crowd yang ramai. Tapi memang teorinya, pace masa race berlainan.

Lepas Maju Junction, konar kanan hala ke Dang Wangi sikit & masuk ke Kg Baru lepas tu. Elok je boleh solat subuh kat Masjid Kg Baru. Lepas solat, aku mula cucuk MP3. Keadaan masih gelap. Lepas Kg Baru, kami lari hala ke Jalan Tun Razak kat simpang TH Selborn. Lalu depan IJN & naik ramp baru DUKE.

Panjang & tinggi ramp ni kena daki. Gelap pulak tu. Aku pun lost track kat mana masa tu bila dah berada atas ramp. Tau-tau aje kami dah turun semula & join DUKE highway dan merged dengan peserta Marathon dari main line.

Kami berlari kat DUKE untuk beberapa kilometer. Sampai tol, aku telan gel yang beli semalam from GNC. Masa tu dah 11KM. Lepas tu kami masuk Jalan Kuching. Ramai beb masa ni. Strava aku buat hal kejap masa ni. Dia shutdown. Nasib baik dapat recover semula.

Then kami panjat ramp kat bulatan Segambut, berpisah dengan runner Marathon. Depa terus follow Jalan Kuching entah sampai mana. Bermula dari sini. route berbukit bukau yang sangat mencabar. Lebuhraya Mahameru aje ada 3-4 climb yang memang seksa aku nak lari tapi aku cuba gak maintain walaupun slow gila. Yang dah mula berjalan of course lah ramai.

All the way sampai lepas Lake Garden baru lah masuk ramp Muzium Negara, ke KTM dan balik ke Dataran. Sampai di KTM kaki aku dah mula malas. Kena pulak lepas tu ada incline sikit kat depan Dayabumi. Aku decide untuk berjalan kejap sebelum kena jeling dengan sorang awek yang lari slow-slow. Tak jadi aku nak teruskan jalan, so aku sambung lari semula all the way sampai habis walaupun kaki ni rasa dah tak larat.

Masa cross finish line, aku tengok jam kat gantry 2:45. OK la kot. Sama je macam dulu. Konon nak target 2:15...jauh lari sasaran. Kurang training bukit la ni.

As usual kami serang nasi kandar Ibrahimsha sebagai penutup majlis. 

Saturday, April 7, 2018

Hectic

This week aku rasa macam a bit occupied. Alhamdulillah. Does that it means positive? Hope so lah. Hence, aku jugak mula menunda morning runs. Haih! Dari hari ke hari duk tangguh. Belakang aku masih sengal-sengal especially left back. Hopefully tak berpanjangan.

Hari yang takde kelas like Thursday & Friday, aku penuh dengan kerja design & editing. Alhamdulillah. Dari pagi sampai petang. Paling padat was semalam, kerja berlanjutan sampai malam print sijil untuk anugerah cemerlang masjid. 

Pagi Jumaat aku semangatkan diri untuk berlari. Cuaca just nice. Dalam kepala tak tau nak lari berapa jauh sepatutnya sebab aku lost track training program. So aku plan cuma nak bagi kaki ni recall semula cara berlari & enhance agen perkumuhan supaya buang segala toksik dari pesta makanan last weekend di kampung.

Aku kawtim 5km. Badan rasa sedap sikit. Kaki pun walaupun ada rasa tingling kaki kiri entah apa. Maybe kejutan from 1 week rest. Aku test dengar lagu pagi ni through phone. Strava & music jalan sekali. So far takde problem. Cuma aku berhajat nak beli earphone Sony, ganti yang lama dah kaput. Pagi ni aku pinjam AY punya, kurang bass.

Thursday, April 5, 2018

Meet & Greet Decathlon

Yes. Last week aku pi sesi Meet & Greet di Decathlon USJ. A whole one hour.

It all started bila aku came across iklan Recruitment Day Decathlon di Facebook diorg. Tarikhnya pada 29 Mac. Semangat jugak aku rasa macam nak cuba pi. So sehari sebelum tu aku pun busy lah duk PM depa. Depa kata just datang dengan sports attire & email aje CV aku. Maka busy lah aku update CV yang dah berkurun tak pernah update. Tambahan lagi kronik bila kerja yang aku nak apply ni jauh bebenor menyimpang dari isi kandungan CV yang selama ni pasal engineering aje. 

Lepas dapat advise dari my other half, aku buang semua engineering experience & cuma letak secara brief aje apa keje aku sejak grad. Aku buffed up CV dengan isi almost semua event marathon, powerman, mountain bike, century ride dan segala tuk nenek yang aku pernah buat.

Tiba ke hari recruitment, aku rasa macam tak larat nak merempit ke Damansara. Jauh tu & agak rushing sikit since aku selesai hantar anak-anak sekolah pun dah 7.30 a.m. So, aku bail out aje.

Dengan rezki Allah, pada petang tu aku terima email dari sorang Store Leader Decathlon USJ. Dia nak jumpa. Sesi meet & greet di USJ. Dia nak jumpa Jumaat kul 5 ptg. Terkejut jugak aku bila baca email tu. Maybe email CV aku diterima dan depa review. Alhamdulillah. Aku cepat-cepat reply untuk request ke kul 6 ptg sebab nak settle kan dulu anak-anak balik sekolah.

Petang Jumaat tu hujan punyalah lebat. Alhamdulillah hujan stop dalam kul 5 ptg. Lepas aje amik FU, aku terus merempit ke USJ. Secara tipikalnya, hari Jumaat memang hari trafik sesak dari mula matahari terbit sampai lah ke malam. Tambah teruk lagi bila hujan. Naik motor antara kaedah paling efektif untuk nak sampai ke USJ paling cepat walaupun puas aku pusing sana sini untuk cari route paling less stress.

Aku sampai USJ kul 6.15 p.m. Aku cari Anas yang wakilkan Store Leader En. Mohd Hanafi. Anas is a young guy. Nampak muka intellect. Dia suruh aku pi pusing kedai dulu sementara dia settle kan urusan dengan customer. Aku pernah ke sini so nothing much aku nak pusing pun. Aku end up pi sembang dengan sorang SA kat area kasut lari. Dia pun nampak friendly & sembang dengan aku secara sempoi.

Then Anas mai cari aku. Dia intro kat aku position dia. Dia Department Leader untuk bahagian Outdoor. Dia ajak aku pi area outdoor. Kat situ kami sembang, sambil berdiri je. Dia mintak aku citer background aku especially sport background. Aku pun terus la bukak citer dari zaman kolej sampai lah sekarang. Dia agak tertarik bila aku bukak citer panjat gunung. Of course lah, orang outdoor mesti tertarik punya. Especially bila bukak citer Rinjani. Dan dia lebih terpegun bila aku citer yang aktiviti aku banyak bersama jiran tetangga & orang surau & keluarga.

Anas bawak aku pusing area outdoor lagi. Dia tanya aku pasal teknikaliti beg hiking. Aku pun goreng je lah apa yang aku tau. Basically semua teknologi lebih kurang sama sejak dulu especially bab padding, SA system dan lain-lain.

Anas bawak aku pi tempat basikal. Dia suruh Zack citer pasal department tu. Aku pun layan. Nampak gak ada full suspension mtb baru sampai. RM3000+ aje. Not bad.

Aku shoot satu soalan kat Anas.

"Nampak you all kat sini either are graduates or part time university students kan?"

Anas replied semua staf are graduates. Dia graduan UIA dalam Islamic Studies. Minat outdoor of course & terjebak dengan dunia retail. Seemed that all of them enjoyed working with what they are passionate about.

Then kami ke area Watersports. Jumpa Shukur pulak. Both of them tinggi dari aku. Shukur botak & ada janggut sikit. Nampak pun sempoi. Dia tanya aku soalan sama macam Anas. Seems that Shukur pun Department Leaders yang biasa meet & greet potential new staff. Shukur kata meet & greet ni memang semua orang kena handle & lalui.

Aku mula lah tanya macam-macam soalan career kat depa. Pasal syif keje, gaji, bonus, increment. Diorg jawap dengan ikhlas & profesional. Alhamdulillah. Nampak semua open minded like apa yang Shukur & Anas sendiri claimed masa sembang.

Hampir sejam meet & greet ni. Aku duk kalut sebab solat asar pun belum settle. Kelam kabut aku pi cari surau. Solat pun dah waktu haram. Sedih. Terus aku sambung solat Maghrib, duk imamkan satu saf. Alhamdulillah.

Balik ikut KESAS. Memang melengas ikut jalan motor which ended up aku silap simpang & terjebak ke arah Puchong. So terpaksa lah amik route ke Astro.

Mudah-mudahan ada rezki aku bersama Decathlon untuk mencari rezki hidup meyara keluarga. Looks like kerja sendiri belum cukup sebab aku masih ada hutang/komitmen yang banyak. Amiin.

Tuesday, April 3, 2018

Sakit belakang

Sejak drive balik JB naik Wira, semalam aku kena kejang belakang. Backache. Dah lama tak kena. Memang sebelum ni pernah kena everytime drive lama-lama Wira. Aku suspek seating position or seat dia dah tak baguih untuk duduk lama-lama.

Mula kena kiri kanan belakang. Lenguh gila. Tak selesa. Nak bergerak pun susah, rasa ketat. Kadang-kadang boleh sekat nak bernafas. Aku balun sapu minyak Fresh Care. Hilang kanan. Tinggal masih rasa kiri aje. Hati kecil mula rasa tak sedap kot ada related to heart problem.

Malam tu aku rasa lemah sangat. Sampai ke pagi. Masa subuh di surau pun kepala rasa ringan aje macam nak tumbang. Aku duk plan nak sambung tidur lepas hantar anak-anak sekolah. 

Tapi end up aku duk depan PC perabihkan artwork baju volunteer Ramadhan surau. Tengah semangat dan kepala tengah laju berfikir pasal benda-benda kreatif. Sebelum amik anak-anak aku sempat lelap kejap.

Petang aku prepare bahan tuisyen sikit sambil-sambil aku fikir-fikir semula job application or job search. Puas aku pusing Jobstreet tapi aku tak tau nak search job apa. Bila tengok list engineering, macam ngeri je nak terjebak balik environment yang mengarut tu.

Aku pusing balik ke Decathlon. Bila aku baca detail Department Leader yang depa tengah cari, rupanya gaji boleh tahan cecah RM5,000. Wow! Semangat balik aku nak apply kat situ.

Maybe aku tak sempat citer pasal sesi Meet & Greet kat situ last week. Nanti aku citer dalam coming post. 

Monday, April 2, 2018

Birthday Mak 77

Aku balik JB weekend baru ni. Melepaskan trip Gunung Angsi dengan SOQ. Kehendak mak lebih penting. Kami naik Wira yang masih gagah melenjan di highway selama 4 jam maintain speed 100 km/j. Tepat jam 6 pagi, hujan lebat di sekitar Cheras. Berlanjutan selama sejam. Kami mulakan perjalanan ke JB sebaik hujan reda.

Seperti biasa, kami akan pit stop di R&R Pagoh untuk breakfast. Timing just nice at 10am & perut pun mula rasa lapar. Ramai travellers. Attending kenduri kahwin pun ramai from their lip lap dress.

Sampai JB ard 11.30am dan kami terus ke Kg Melayu untuk order murtabak 16 keping untuk sedekah kepada family SOQ. Terjumpa Syed Azmi, seorang public figure aktivis yang wife aku selalu follow dia punya FB. Happen to be dia ada program volunteer dengan belia Johor, membersih dan mengecat peti surat kat rumah flat Larkin. Bila nampak wife aku, terus dia pindah ke meja kami dan mulalah kami bersembang. First time aku jumpa tapi aku hentam aje sembang sebab nampak dia kasual & sempoi. 

Sampai di rumah mak, persiapan untuk sambut birthday mak sangat power. Siap khemah di car porch & mak seperti biasa sibuk kat dapur. Dia prepare laksa & kuah kari untuk roti jala. Kuih muih memang banyak. Macam biasa yang dijemput ialah mak bapak sedare dan cousins aku bersama keluarga masing-masing. Itu pun dah cecah hampir 100 orang. Alhamdulillah.

Kul 3pm aku cilok jap ke Dataran Bandaraya JB untuk amik race kit Junior Cycling Malaysia AY & FU. Aku daftarkan aje tapi tak masuk race sebab tak bawak basikal. Lagi pun free sebab CIMB Foundation sponsor penyertaan untuk kategori kanak-kanak. 

By 4.30pm majlis tahlil dan doa selamat pun bermula kat rumah mak. Ustaz Nan lead. Masa tahlil aku rasa ngantuk sangat & terlelap beberapa saat. Maybe belum rest sejak sampai dari KL.

Usai berdoa, jamuan pun bermula. Kambing bakar 10kg dan ayam bbq 15 ekor. Kambing pulak dipotong kecik, lebih nikmat dan mudah untuk aku indulge. 

Masa keramaian macam ni lah mula aku nampak cousins yang dulunya kecik-kecik main bersama berlari keliling rumah di Majidee rumah atuk or rumah Che Yah di Kampung Kastam, Larkin. Sekarang semua dah nampak dimamah usia dan anak-anak pun dah besar. How time fly?

Mak is the happiest person malam tu. Mak dapat hadiah banyak. Salam keruk pun ada. Bergambar bagai dengan semua anak buah & kawan-kawan mak. Nampak everyone enjoy. Aku tau mak penat tapi sebab happy sangat, lupa la penat tu.

Selesai majlis, mak memang cakap dia puas & syukur hajat nak menganjurkan majlis tercapai. Mak siap gunakan duit br1m untuk beli sejadah dan sedekah pada semua yang datang. Mak guna duit pencen sebulan untuk order kambing & ayam BBQ. 

Terdetik sekelumit hati ni berfikir yang bukan-bukan tapi aku hanya doakan kebahagian mak dunia dan akhirat moga keberkatan kami sekeluarga hingga ke Jannah. 

Sebelum balik ke KL Ahad pagi, aku dengan jelas mintak doakan yang terbaik untuk aku sebab bak kata member "itulah keramat hidup yang perlu kita hargai dan sayangi".

Mak jawab, "cari kerja tetap!"
Hahaha